Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif, Berani Di Bawah Kim Pan Gon-Penganalisis Sukan
Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif, Berani Di Bawah Kim Pan Gon- Penganalisis Sukan
Nafas baharu corak permainan yang ingin diterapkan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Kim Pan Gon, memerlukan barisan pemain muda bagi menjayakan pendekatan gaya permainan agresif dan berani, seperti yang diinginkan.
Penganalisis sukan Dr Pekan Ramli berkata, penggunaan taktikal agresif pada perlawanan berintensiti tinggi, memerlukan pemain yang mampu mengekalkan kecergasan pada tahap tertinggi sepanjang 90 minit aksi dan kebolehan itu lebih cenderung dimiliki pemain muda.
“Jadi saya nampak pemain-pemain otai…Pan Gon kena lupakan, kerana bola sepak hari ini sudah berubah. Pemain otai memang bagus mungkin dari segi pengalaman tetapi dia akan merosakkan tempo permainan, sekali gus tak dapat corak permainan yang konsisten dalam perlawanan.
“Kalau dalam kesebelasan utama hampir semuanya mempunyai kelajuan dan ketangkasan dengan tahap kecergasan tinggi, tiba-tiba ada satu atau dua pemain ‘otai’ main. Itu penting untuk dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, Pekan berkata pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC) Muhammad Faisal Abdul Halim dan pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC Muhammad Akram Mahinan, antara yang dijangka tidak berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu Pan Gon.
Selain dua pemain itu, beliau optimis pemain sayap TFC Muhammad Hakimi Abdullah dan Pemain Terbaik final Piala Malaysia 2021 Zhafri Yahya, turut memiliki potensi yang baik di bawah bimbingan bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) itu.
“Mereka antara pemain yang mempunyai kadar kerja tinggi dalam permainan, kita juga nak pemain yang sanggup bermati-matian di padang, tambahan Pan Gon mesti akan cari pemain yang boleh beliau gunakan untuk cuba menyamai cara Korea Selatan bermain,” katanya.
Dalam pada itu, Pekan berharap Pan Gon dan barisan kejurulatihannya dapat memberikan perhatian kepada pemain-pemain muda dari pasukan atau pun kelab yang sederhana, selain mendapatkan pemain muda yang benar-benar ingin beraksi ‘demi lencana di dada’.
Dalam sidang media memperkenalkannya dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang baru, Pan Gon menyasarkan untuk menyediakan asas yang kukuh, dan berazam membawa skuad Harimau Malaya ke satu tahap lebih tinggi melangkaui rantau Asia Tenggara.
Meskipun tidak menyatakan secara terperinci mengenai taktikal bakal digunakan, Pan Gon tanpa berselindung mahu mengubah corak permainan pasukan negara menjadi lebih agresif dan berani mengambil risko berdepan pihak lawan.
Ujian pertama Pan Gon bersama skuad Harimau Malaya adalah pada siri aksi persahabatan antarabangsa masing-masing menentang Filipina pada 23 Mac dan Singapura (26 Mac) dengan kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Singapura.– BERNAMA
Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif, Berani Di Bawah Kim Pan Gon- Penganalisis Sukan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET