Laksana Gaji Minimum RM1,500 Secara Holistik – PM Ismail Sabri

Laksana Gaji Minimum RM1,500 Secara Holistik – PM Ismail Sabri

Kerajaan sedang melaksanakan sesi libat urus dengan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi membolehkan ia dilaksanakan secara holistik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bagi tujuan itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan perbincangan dengan persatuan terlibat termasuk bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan majikan.



“Kita tidak lindungi majikan, kepentingan kita adalah pekerja…kalau pekerja dapat dinaikkan gaji minimum kepada RM1,500 memang itu yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata KSM akan membentangkan hasil perbincangan dengan persatuan dan majikan kepada Kabinet sebelum ia diluluskan.

Perdana Menteri berkata kerajaan prihatin tentang kos sara hidup hari ini, namun pada masa sama tidak mahu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta PKS mikro menghadapi kesukaran berhubung pelaksanaan gaji minimum itu.

“Tujuan kita untuk membantu pekerja, tapi akhirnya mereka dibuang kerja kerana majikan tak mampu nak bayar gaji mereka.. jadi kita akan tengok pertimbangan keseluruhan, kepentingan pekerja dan dalam masa sama kita nak dengar pandangan daripada majikan,” katanya.– BERNAMA



 

Laksana Gaji Minimum RM1,500 Secara Holistik – PM Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker