Ibu Maut, Bayi Dikandung Terkeluar Dari Perut Dalam Nahas Dua Motosikal

Ibu Maut, Bayi Dikandung Terkeluar Dalam Nahas Dua Motosikal

PASIR MAS: Anak yang dikandung terkeluar dari perut ibunya selepas terlibat dalam nahas dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas awal malam tadi.

Bayi berkenaan yang bernyawa sejurus nahas tersebut bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Haliza Abdul Uazaib, 25, bayinya dan Muhammad Shakim Mohd Zaki, 18.

Manakala yang cedera parah dikenali sebagai Nurul Iman Maisara Mohd Khairi, 6, dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Pertembungan dua buah motosikal itu menyebabkan wanita berkenaan tercampak dengan bayi yang dikandung terkeluar di atas rumput di bahu jalan berkenaan.

Nor Haliza maut di tempat kejadian manakala remaja lelaki pula meninggal dunia di Hospital Pasir Mas.

Bayi yang terkeluar dari perut ibunya bernyawa dan dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Nur Iman Maisara, anak kedua Nor Haliza masih menerima rawatan di hospital dengan kecederaan yang agak serius.

Nohd Nasaruddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA

Ibu Maut, Bayi Dikandung Terkeluar Dalam Nahas Dua Motosikal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker