Saya Tidak Rasa Apa-Apa, Saya Tahu Tak Bersalah..Anggap Ini Satu Ujian Allah SWT – Ebit Lew
Saya Tidak Rasa Apa-Apa, Saya Tahu Tak Bersalah..Anggap Ini Satu Ujian Allah SWT – Ebit Lew
“Saya tidak rasa apa-apa sebab saya tahu saya tak bersalah dan saya yakin ini semua perancangan.
“Malah saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT dan menganggap ini satu ujian Allah SWT untuk saya,”.
Ebit yang kini dalam lawatan ke Sabah untuk kerja-kerja amal menyifatkan pertuduhan itu tidak berasas, melampau dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya.
Katanya, tindakan menjatuhkan kredilibitinya itu dipercayai dilakukan oleh satu kumpulan supaya beliau menghentikan kerja-kerja membantu masyarakat.
“Ujian ini memang saya rasa berat dari dulu lagi. Jangan bersedih… saya bersyukur dengan ujian ini. Mudah-mudahan menjadi kebaikan untuk di akhirat,” katanya pada sidang media seperti dipetik portal Deasoka.
Ditanya mengenai tindakannya selepas ini, Ebit yang berusia 37 tahun menyerahkan sepenuhnya kepada peguam.
Terdahulu, Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan terhadapnya termasuk gangguan seksual di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani di Mahkamah Litar di Tenom, Sabah, hari ini.
Ebit didakwa di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan telah dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli.
Manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Majistret Nur Asyraf Zolhani yang mendengar pertuduhan kemudian menetapkan 20 April hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada bulan Jun.
Sementara itu, Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan serta dua orang penjamin.-AA
Saya Tidak Rasa Apa-Apa, Saya Tahu Tak Bersalah..Anggap Ini Satu Ujian Allah SWT – Ebit Lew
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
You must be logged in to post a comment.