MUDA hanya mahu kerusi selamat – Adun PKR
MUDA hanya mahu kerusi selamat – Adun PKR
Wakil rakyat PKR, Najwan Halimi, membidas MUDA kerana mahu PKR hanya menyerahkan kerusi yang dikatakan “selamat” kepada mereka dalam rundingan kerusi pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Menulis di Twitter, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu mendedahkan bahawa parti pimpinan bekas Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hanya mahu bertanding di “kerusi selamat” selepas PKR menawarkan tiga kerusi DUN Johor kepada mereka.
“Kami dah tawar tiga kerusi, tapi kalian angkuh. Kalian nak semua kerusi selamat macamlah kalian ada jentera di bawah,” kata Najwan.
Pagi tadi, Syed Saddiq membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi antara MUDA dan PKR di Johor kerana rundingan pengagihan kerusi tamat tanpa persetujuan.
“Jika benar ia membawa budaya politik baharu dan mahukan penyatuan pembangkang, MUDA tidak wajar meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh PKR,” kata Najwan kepada FMT.
Beliau menambah, sebagai parti baharu MUDA perlu terlebih dahulu membina jentera di peringkat akar umbi.
Sementara itu, seorang lagi wakil rakyat PKR mengingatkan Syed Saddiq supaya menyedari kekuatan sebenar MUDA sebelum mengancam PKR.
“Syed Saddiq pemimpin MUDA memang mempunyai karisma. Anda mempunyai ramai pengikut di alam maya. Tetapi di alam nyata, jangan sesekali memberi amaran atau ugutan kepada parti Keadilan,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Beliau berharap Syed Saddiq mempelajari sejarah PKR yang menghadapi pelbagai bentuk cabaran sebelum ini.
“Penulis ini sudah tua tetapi orang tua ini kenal perangai ‘anak muda julung berkeris’,” katanya. FMT
MUDA hanya mahu kerusi selamat – Adun PKR
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO