Malaysia bakal jadi peneraju ekonomi digital – Ismail
Malaysia bakal jadi peneraju ekonomi digital – Ismail
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Malaysia bakal menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Keyakinan itu dizahirkannya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) hari ini.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat itu telah memutuskan beberapa perkara sebagai langkah proaktif membawa negara ke arah pendigitalan secara holistik.
Jelasnya, antara perkara yang telah diputuskan adalah mengenai pembangunan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) dalam mengarusperdanakan penggunaan teknologi robotik.
“Pelan ini mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing seterusnya meminimumkan pengaliran mata wang ke luar negara.
“Kepadatan robot di Malaysia bagi setiap 10,000 pekerja pada 2019 adalah 55 unit dan sasarannya adalah 195 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada 2030,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: VTL udara, darat Brunei-Malaysia hasil lawatan dua hari PM Ismail Sabri ke Brunei
Mesyuarat MED4IRN itu adalah kali pertama diadakan pada 2022 turut dihadiri oleh menteri serta ketua jabatan dan agensi yang terlibat secara dalam talian.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut turut memutuskan untuk menyokong konsep Projek Pemangkin bagi memacu Aspirasi MyDIGITAL.
Katanya, mesyuarat juga bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Projek Pemangkin MyDIGITAL untuk memilih projek yang sesuai dan memantau pelaksanaan yang merupakan kerjasama antara sektor awam dan swasta.
“Projek Pemangkin itu akan dibiayai oleh sektor swasta dan kerajaan dan mempunyai peranan tersendiri.
“Antara peranannya adalah sebagai pemudahcara untuk penubuhan hospital yang menggunakan teknologi 5G dan bandar pintar,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kejayaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Digital Nasional Berhad (DNB) dan program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).
Jelasnya, bagi JENDELA, sebanyak 1.89 juta premis baharu yang diliputi dengan capaian gentian optik dan sebanyak 1,189 menara 4G baharu telah dibina dari September 2020 sehingga Disember 2021.
Tambah beliau, DNB juga juga telah memulakan akses kepada rangkaian borong 5G di mana sebanyak 500 tapak 5G telah diaktifkan setakat 31 Disember 2021 di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.
“Untuk PUPUK pula, sebanyak 883 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sedang beroperasi manakala 28 lagi akan beroperasi menjelang 31 Mac 2022 di seluruh Malaysia.
“Keberhasilan MyDIGITAL akan menjadi penentu kejayaan pendigitalan Keluarga Malaysia seperti yang diharapkan menjelang tahun 2030 nanti,” katanya. Utv
Malaysia bakal jadi peneraju ekonomi digital – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
You must be logged in to post a comment.