‘King’ rempuh kedai nasi ayam

‘King’ rempuh kedai nasi ayam

KANGAR: Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas hilang kawalan dan merempuh kedai nasi ayam berempah di Jalan Syed Saffi, Bintong di sini, hari ini.

Warga emas berusia 72 tahun itu dikatakan tertekan pedal minyak sebelum kereta dipandunya itu hilang kawalan merempuh kedai berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari.



Bagaimanapun tiada kecederaan parah mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, kejadian berlaku ketika pemandu kereta tersebut datang dari Kangar untuk membeli makanan di kedai terbabit.

Ujarnya, semasa membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan bersebelahan kedai makan tersebut, mangsa tertekan minyak menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar premis berkenaan.

“Kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa. Kereta tersebut mengalami kerosakan antaranya lampu hadapan pecah, bumper dan bonet kemek, cermin sisi sebelah kanan patah dan tangki air bocor,” katanya di sini hari ini.



Tambah Wari, jumlah kerugian akibat kerosakan barangan di kedai makan itu belum dipastikan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya. Utusan

‘King’ rempuh kedai nasi ayam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker