Lukisan wajah Sudirman di Chow Kit

Lukisan wajah Sudirman di Chow Kit

Pelukis mural, Syamsul Haffiz Addenno, 30, bertuah dapat melukis lukisan wajah ikonik, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad di dinding bangunan berhampiran di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Lokasi sama juga menjadi saksi Penghibur Nombor Satu Asia itu mengadakan Konsert Chow Kit Road pada 14 April 1986 dengan kehadiran 100,000 penonton yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.



Syamsul berkata, dia bersama dua lagi rakan pelukis mural terpilih menjayakan projek Chow Kit Art Sanctuary yang diusahakan oleh Adzarul Buqary.

“Lukisan mural dipanggil Legend Of Sudirman dilukis sejak pertengahan Januari lalu. Namun, ia akhirnya berjaya disiapkan semalam. Jika ikutkan jam, saya mampu menyiapkan lukisan ini dalam tempoh seminggu, tetapi saya mempunyai komitmen kerja lain.

“Saya sendiri seperti tidak percaya lukisan mural ini dapat disiapkan. Ada dua lagi lukisan mural membabitkan pelukis lain akan dimulakan, tidak lama lagi.

“Melihat hasil kerja sendiri, saya seronok kerana kawasan Chow Kit tidak banyak lukisan mural dilukis. Jadi, ini mungkin permulaan baik untuk menjadi tarikan ramai,” katanya kepada BH Online.



Syamsul berkata, dia juga sangat takjub dengan projek berkenaan.

“Cabaran dan keterujaan dirangkumkan dalam penghasilan lukisan ini. Tambah pula, saya menghasilkannya seorang diri. Namun, segala kepenatan dan cabaran berbaloi melihat lukisan mural tersergam jadi pandangan orang ramai,” katanya.

Katanya, projek lukisan wajah ikonik itu juga dilihat dapat membuka mata generasi baharu yang sudah tidak mengingati penghibur genap 30 tahun jasanya disemadikan.

“Hasil karya dan pencapaian arwah Sudirman tetap dikenang sampai bila-bila,” katanya.



Di akhir bicara, pelajar jurusan Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam berterima kasih kepada Adzarul Buqary kerana memilihnya terbabit dalam projek itu.

“Selepas tujuh tahun menjadi pelukis sepenuh masa, lukisan ini tentunya menjadi kenangan bermakna dalam kerjaya saya,” katanya.

Lukisan wajah ikonik arwah Sudirman itu antara projek di bawah tajaan Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA), My Creative Venture dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. BH

Lukisan wajah Sudirman di Chow Kit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker