Kenapa Dalam al-Quran Allah S.W.T. Menggunakan Lafaz “KAMI” Sebagai Ganti Nama Nya

Kenapa Dalam al-Quran Allah S.W.T. Menggunakan Lafaz “KAMI” Sebagai Ganti Nama Nya

Di dalam al-Quran Allah S.W.T. telah menggunakan lafaz Kami dan Aku sebagai ganti nama diri Nya. Persoalannya adakah ini bermaksud Allah itu Tuhan yang berbilang?”

Di dalam al-Quran memang terdapat ayat yang menunjukkan kata berbilang atau menunjukkan kata tunggal. Namun apabila menyentuh tentang bicara atau berbahasa ia tidak boleh dijadikan sebagai lojik akal semata-mata sama seperti matematik.



Contoh paling mudah sekiranya kita berkata dalam bahasa Inggeris, “the game was hot”. Terjemahan pada ayat ini bukan bermakna permainan tersebut panas, tetapi ia memberi konotasi bahawa permainan tersebut sengit atau menarik. Ini bermaksud satu kalimah boleh memberi konotasi yang pelbagai.

Perkara yang sama turut diimplimentasikan dalam ayat al-Quran. Lafaz “Kami” bukan menunjukkan bahawa Allah itu berbilang-bilang zat Nya, tetapi ia memberi maksud kemegahan yang dimiliki Allah S.W.T.

Menurut Dr. Khairul Anuar Mohammad, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tatkala diminta mengulas secara lebih mendalam tentang penggunaan lafaz “Kami” dalam al-Quran yang digunakan Allah merujuk ganti nama diri-Nya, jelasnya, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menggunakan lafaz Kami.

Antara ayat-ayat al-Quran yang menggunakan lafaz nahnu (kami) ialah dalam surah Yusof: 3 bermaksud,



“Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) adalah termasuk orang yang tidak mengetahui.”

Surah al-Isra’: 61, “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “sujudlah kamu semua kepada Adam” lalu mereka bersujud, kecuali iblis. Dia (iblis) berkata, “apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”

Surah Maryam: 50, “Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pertuturan yang tinggi di kalangan umat manusia.”

Adapun tegas Khairul Anuar, semua ayat yang menggunakan istilah Nahnu atau Kami, ia sebenarnya disandarkan kepada maksud “takzim” (membesarkan), bukan membawa maksud Allah itu berbilang zatNya.



Tunjukkan kehebatan Allah

Penggunaan istilah kami sama sepertimana seorang raja atau orang yang berkuasa menunjukkan kehebatan dan kebesarannya. Sedangkan raja atau orang berkuasa itu hanyalah seorang sahaja dan bukannya dalam bilangan yang ramai. Maksud yang lebih mudah apabila istilah kami digunakan, itu menunjukkan ayat tersebut lebih kuat dan berkuasa daripada penggunaan aku.

Hal yang sama juga turut digunakan di kalangan para ulama. Mereka akan menggunakan istilah “berkata guru kami” sedangkan hanya dia seorang sahaja yang belajar dengan guru tersebut. Lazimnya penggunaan istilah kami digunakan terutama apabila ia ingin menguatkan sesuatu hujah yang dibawa.

Justeru itu, Allah S.W.T. menggunakan lafaz Nahnu untuk mentakzimkan diriNya dalam al-Quran. Sekiranya ada yang berkata Allah itu berbilang zat Nya seperti yang didakwa oleh golongan Yahudi, di sini terdapat dalil dan nas yang jelas bagi menangkis tohmahan tersebut dalam surah al-Ikhlas ayat pertama.



“Katakanlah! Dialah Allah Yang Maha Esa (ahad).”

Dalam ayat itu Allah menggunakan lafaz Qul (katakanlah) di permulaan ayat, sedangkan Ia boleh sahaja tidak menggunakan lafaz tersebut, hanya dimulakan dengan lafaz “Hu wallahu”.

Tetapi mengapa Allah menggunakan lafaz Qul? Sudah semestinya tidak lain untuk menjelaskan dan menguatkan lafaz bahawa sememangnya Allah itu adalah Tuhan yang Esa tiada seteru pada Nya.

Terangnya lagi, para ulama juga telah mentafsirkan bahawa penggunaan lafaz “ahad” lebih tepat dan sempurna merujuk kepada zat Allah berbanding penggunaan lafaz “wahid”, sedangkan wahid juga diterjemahkan dengan maksud satu. Jika lafaz wahid digunakan, ia membawa konotasi pada bilangan (kiraan) yang menafikan Tuhan itu ada dua atau tiga.



Akan tetapi lafaz ahad berbeza kerana ia jelas hanya menunjukkan sesuatu yang Esa, yang tidak digunakan untuk maksud bilangan atau benda yang tidak boleh dicerai-beraikan. Analogi paling mudah seorang lelaki, ia boleh dicerai-beraikan atau dipotong kepada beberapa bahagian dari seorang lelaki.

Sebaliknya lafaz ahad ini ia langsung tidak boleh dipotong atau dicerai-beraikan kerana ia tetap yang Esa. Oleh itu, penggunaan lafaz Nahnu bukan dilihat pada maksud yang biasa merujuk kepada bilangan, tetapi ia untuk mentakzimkan dan membesarkan keagungan Allah serta segala kekuasaanNya. Utv

Kenapa Dalam al-Quran Allah S.W.T. Menggunakan Lafaz “KAMI” Sebagai Ganti Nama Nya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker