Ini sebab mengapa rundingan kerusi MUDA-PKR gagal
PETALING JAYA: Ketua PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh mendedahkan rundingan pembahagian kerusi bersama MUDA gagal, susulan parti itu mahu menuntut kerusi bandar dan campuran.
Bercakap kepada FMT, beliau mengakui kerusi bandar dan campuran adalah antara kerusi paling mencabar dan sukar, namun tidak akan menyerah kepada parti lain dengan mudah.
“Kekuatan kita di kerusi campuran terutama di bandar-bandar … kerusi bandar ni kerusi sukar tetapi itulah kekuatan kita.
“Kalau kerusi kita dah buat kerja, kita dah sediakan kekuatan kita di situ, sukarlah kita nak serahkan pada parti lain begitu saja,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa rundingan pengagihan kerusi dengan PKR tamat tanpa persetujuan susulan langkah parti itu mengumumkan 20 calonnya secara bersendirian.
Ahli Parlimen Muar itu juga membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi di Johor antara dua parti itu.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang, berkata tiga kerusi ditawarkan kepada MUDA sebelum ini ditolak dan parti itu masih menuntut kerusi lain daripada tawaran.
“Ia turut menjadi sulit apabila kerusi yang ‘dituntut’ merupakan kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada PKR. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan,” jelasnya.
Beliau turut menegur Syed Saddiq agar berpijak di bumi nyata dengan mengambil kira kesesuaian kerusi yang mahu ditandingi.
“Kita kena lihat kekuatan sebenar supaya akhirnya paling penting untuk kita dapatkan kemenangan. Tak bolehlah hanya lihat percaturan (parti) saja tetapi kena tengok juga kesesuaian kerusi tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden Wanita PKR Faizah Ariffin, berkata parti itu perlu meletakkan calon di kerusi ditandingi MUDA terutamanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.
“MUDA bukanlah gabungan PH dan saya kira tiada masalah untuk bertemu sesama sendiri di gelanggang sebenar,” katanya dalam kenyataan.
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO