Shabery jawab ‘poddah’ Muhyiddin
Shabery jawab ‘poddah’ Muhyiddin
Perkataan ‘poddah’ yang dilemparkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada UMNO mengenai kekuatan parti itu di Johor ‘dipulangkan’ semula kepada beliau.
Pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, rakyat Johor di Tanjung Piai terlebih dahulu mengucapkan ‘podah’ kepada Bersatu dalam pilihan raya kecil Parlimen tersebut.
“Lepas PRU-14 hanya satu sahaja PRK di Johor kalau nak ukur kekuatan. Iaitu di Tanjung Piai. Bersatu bertanding dan rakyat sana kata podah!” kata Ahmad Shabery.
Muhyiddin ketika berucap di ceramah Pentas PN DUN Tenggaroh semalam mengungkapkan perkatan Tamil ‘podah’ yang bermaksud ‘boleh berambus’ mengenai dakwaan kononnya Johor merupakan kubu kuat UMNO.
Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Nasional (PN) berkata, Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Parti itu itu telah tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu termasuk hilang kuasa di Putrajaya.
Justeru sudah tidak releven untuk menganggap Johor masih kubu kuat UMNO kerana parti itu sudah pun dikalahkan.
Tambah Muhyiddin, UMNO dan BN hanya bangkit disebabkan bantuan parti-parti dalam PN yang menyokong wakil parti itu diangkat sebagai menteri besar Johor selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang di Putrajaya
“Kalau tak kerana kita bersama dia (UMNO/BN) bantu naikkan dia, dia kalah, pusat UMNO kalah juga, kalau kata Johor kubu kuat UMNO-BN… podah! Dia sudah kalah dulu.
“Kalau dulu sudah kalah, PRN akan datang kita tentukan mereka kalah lebih teruk dari dulu,” kata Muhyiddin.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin kedengaran amat marah.
Beliau menasihatkan agar Muhyiddin tidak terlalu beremosi dalam gelangang pertandingan.
Tambahnya, jika Muhyiddin mengungkit bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada UMNO, maka UMNO juga boleh mengungkit sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin sehingga menjadi perdana menteri.
“Marah benar bunyi? Nak berlawan tak boleh emosi sangat. Kalau nak ungkit siapa tolong siapa untuk jadi MB Johor, orang lain boleh ungkit siapa tolong siapa untuk dia rasa jadi PM?” kata Ahmad Shabery di media sosial.
Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan pada Februari 2020 selepas membawa keluar Bersatu dan beberapa pemimpin PKR daripada Pakatan Harapan.
Beliau mendapat sokongan ahli parlimen Barisan Nasional dan Pas untuk menerajui Kerajaan Perikatan Nasional.
BN dan PN akan bertembung dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada bulan depan. MG
Shabery jawab ‘poddah’ Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini