Jailani Sidek calon terbaik Presiden BAM

KUALITI kepimpinan dan pengalaman pengurusan dimiliki bekas jaguh beregu lelaki negara, Datuk Seri Jalani Sidek menjadi aset terbaik yang melayakkannya menjadi calon Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malah, penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa percaya bekas pemain berusia 59 tahun itu bersedia untuk mempelajari selok-belok pengurusan badan induk sukan berprestasi tinggi seperti BAM.

“Ya… beliau (Jalani) dalam aspek soft touch dengan para pemain tidak dinafikan dia memiliki kelebihan, tambahan pula pernah bergelar pemain.



“Jalani juga berpengalaman dalam pengurusan Nusa Mahsuri dan itu juga sebenarnya memberikan satu bonus kepadanya dalam membina kerjaya dalam pengurusan.

“Namun, untuk menguruskan organisasi besar seperti BAM, ia sebenarnya satu cabaran baharu kepada Jalani sekiranya diberikan tanggungjawab memimpin BAM,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

 

Laporan Sukan Sinar pada Selasa. Gambar kecil: Sadek
Laporan Sukan Sinar pada Selasa. Gambar kecil: Sadek

 



Terdahulu, Sukan Sinar melaporkan peletakan jawatan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden BAM pada penghujung tahun ini mengundang pelbagai spekulasi.

Beberapa nama calon telah dikaitkan selepas Norza mengumumkan keputusannya itu dalam satu sidang akhbar di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara minggu lalu.

Panel Penasihat BAM, Roslin Hashim berpandangan badan induk badminton negara itu seharusnya dipimpin oleh individu yang dimiliki pengalaman dalam sukan tersebut.

Malah, Roslin secara terbuka menamakan Jalani yang juga Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang juga Penasihat Teknikal BAM sebagai antara individu yang layak memimpin persatuan berkenaan.



Pada masa sama, Sadek berkata, skop menguruskan BAM sebenarnya cukup luas terutamanya dalam perkara berkaitan dengan penajaan.

“Saya boleh katakan untuk memimpin persatuan sukan berprofil tinggi seperti BAM ini juga memerlukan individu yang bijak dalam mengurus tadbir sebuah organisasi yang besar.

“BAM ini boleh diibaratkan sebuah GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang bertanggungjawab kepada semua pemegang-pemegang taruh,” katanya yang percaya Jalani akan menyahut cabaran secara positif jika namanya ‘diangkat’ untuk mengetuai BAM.

Dalam pada itu, Sadek berkata, tiba masanya Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) atau persatuan sukan negeri diterajui dalam kalangan bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara.



“Secara peribadi saya amat bersetuju pandangan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed sebelum ini agar kepimpinan NSA dan persatuan sukan negeri dipimpin bekas atlet yang berkaliber.

“Mereka merupakan golongan yang lebih memahami permasalahan golongan atlet. Jadi saya percaya perjalanan urusan pentadbiran dalam persatuan sukan itu akan lebih lancar,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker