Kuarantin wajib semua guru kembali ke Sarawak

KUCHING: Semua guru dari Semenanjung, Sabah dan Labuan perlu menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin ditetapkan setibanya di Sarawak, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Douglas Uggah Embas.

Katanya, guru juga perlu menjalani ujian swab pada hari kedua dan kelapan kuarantin, sebelum dibenarkan kembali bertugas di sekolah masing-masing.

“Mereka perlu menjalani kuarantin 10 hari di pusat ditetapkan dan meneruskan baki empat hari di rumah. Mereka yang mengajar di kawasan luar bandar perlu dikuarantin di pusat itu selama dua minggu.”

Beliau berkata, pengesanan kes aktif Covid-19 sedang dilakukan di dua rumah panjang – Rumah Sungai Putong di Ulu Undop, dan Rumah Bui Panjai di Lubok Antu, yang dikenakan sekatan pergerakan.

“Agensi penguatkuasaan dihantar untuk mengawal di rumah panjang tersebut supaya penduduk tidak keluar dan orang luar tidak masuk ke rumah panjang berkenaan,” katanya sambil menambah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menghantar makanan kepada penduduk di sana.

Sarawak mencatatkan 14 kes baru hari ini, termasuk lima kes import, menjadikan keseluruhan 1,180 kes Covid-19 dengan 19 kematian setakat ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker