Dua beradik maut kemalangan

Beginilah keadaan dua buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bernam-Tanjong Karang, dekat sini petang tadi.

KUALA SELANGOR – Dua beradik maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Bernam-Tanjong Karang, dekat sini petang tadi.

Mereka yang maut dikenali Sha Sabarina Marsom, 27, dan adiknya, Norhidayah,20 manakala yang cedera adalah Tan Sun Tiam, 55.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.02 petang.

Katanya, semasa kejadian dua beradik tersebut menaiki kereta jenis Toyota Camry dan seorang lagi mangsa di dalam kereta jenis Mercedes.



“Pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dengan salah seorang adik beradik itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi di Hospital Tanjong Karang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Dua beradik maut kemalangan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lapan kucing tercekik mata kail angkara sikap cuai pemancing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker