PRN Johor: Undi Anak Muda Tidak Kenal Erti Setia Pada Parti – Shahril Hamdan

PRN Johor: Undi Anak Muda Tidak Kenal Erti Setia Pada Parti – Shahril Hamdan

Kebanyakan trend pengundi muda di negeri Johor ketika ini masih lagi mengambil pendekatan untuk memerhati parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual tidak lama lagi.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, kesemua parti yang bertanding pada PRN tersebut perlu meyakinkan golongan muda negeri itu jika mahu undi mereka terjamin.



“Tidak ada satu parti yang boleh mengatakan bahawa mereka telah monopoli Undi18 ni… tiada yang boleh kata dia mampu kawal semua mereka (pengundi 18 tahun).

“Orang muda sekarang ini, kesetiaan mereka pada partinya bukanlah tinggi sangat. Mereka akan mengadili segala pilihan yang ada,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Tambahnya, keputusan untuk mendapatkan undi daripada kalangan anak muda negeri Johor amat bergantung kepada kebijaksanaan yang akan ditawarkan kepada mereka.

Malah jelasnya, golongan itu lebih cenderung untuk memilih tawaran yang lebih bersifat pakej yang komprehensif melibatkan calon yang bakal dipertaruhkan oleh parti-parti politik.



Ini katanya termasuklah kemungkinan calon muda dari kalangan mereka juga turut menjadi faktor menarik undi pada pertarungan itu nanti.

“Kalau hanya mereka yang senior sahaja ditampilkan, saya rasa pengundi-pengundi muda ni sedikit menjauhi. Tetapi mungkin tak juga untuk kita katakan bahawa pengundi muda ini hanya akan sokong mereka yang berumur 18 tahun ataupun 20 tahun semata-mata.

“Pengundi muda ini lebih kompleks dan lebih matang daripada itu. Selagi kita bawa idealisme dan membawa satu tawaran yang mesra kepada ganerasi mereka, maka itulah yang mendapat sokongan paling tinggi,” jelasnya ketika ditanya samada UMNO akan turut membariskan calon-calon di kalangan anak muda pada PRN Johor nanti.

PRN Johor bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya akan menyaksikan golongan belia 18 tahun ke atas dibenarkan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.



Ia sekali gus melayakan lebih 700,000 golongan itu untuk berbuat demikian pada PRN yang dijadualkan pada 12 Mac depan.-AA

PRN Johor: Undi Anak Muda Tidak Kenal Erti Setia Pada Parti – Shahril Hamdan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker