Pelajar 15 tahun hilang dari kawasan sekolah

Pelajar 15 tahun hilang dari kawasan sekolah

KUANTAN – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan mangsa disedari selepas dimaklumkan oleh pemandu van berusia 60 tahun kerana tidak ikut pulang menaiki van bersama penumpang lain.

Jelas Zaiham, pihak polis menerima laporan kehilangan Pavitra A/p Pogelselvan, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari yang dikesan tiada di kawasan sekolah pada 10 Februari 2022, jam 4.41 petang.

Mangsa tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun manakala kedua ibu bapa mangsa menetap di Kuala Lumpur.

“Pengadu yang merupakan ibu saudara kepada pelajar menerima panggilan dari bapa mangsa dan maklumkan telah terima panggilan daripada pemandu van yang mangsa tidak menaiki van selepas tamat waktu persekolahan.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa juga tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan,” katanya menerusi kenyataan.

Zaiham memohon saksi yang melihat mangsa supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau melaporkan ke balai polis yang berdekatan. MG

Pelajar 15 tahun hilang dari kawasan sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker