Kucing hilang 7 tahun ditemui sejauh 2,414 kilometer

Kucing hilang 7 tahun ditemui sejauh 2,414 kilometer

CHESTERVILLE, MAINE – Seekor kucing yang dilaporkan hilang selama tujuh tahun ditemui semula di kawasan sejauh 2,414.016 kilometer dari rumah pemiliknya, lapor laman berita Wion News semalam.

Pemilik kucing tersebut, Denise Cilley yang menetap di bandar Chesterville, negeri Maine, Amerika Syarikat (AS) sedang meraikan ulang tahun anak perempuannya yang ke-10 pada 2015.



Sambutan itu berjalan lancar sebelum seseorang menyedari kucing peliharaan mereka hilang. Pencarian dilakukan di dalam rumah serta di kawasan itu tetapi tidak berjaya. Mereka menyimpulkan bahawa pemangsa telah membunuh kucing berkenaan.

Bagaimanapun baru-baru ini, Cilley menerima satu pesanan suara yang menyatakan bahawa kucing yang bernama Ashes itu dikesan di negeri Florida sejauh 2,414.016 kilometer dari negeri Maine.

Identiti kucing berkenaan telah disahkan oleh pejabat doktor haiwan dengan bantuan mikrocip yang ditanam di dalam kulitnya.

Rakan Denise Cilley, Janet Williams dan keluarganya di Florida telah ditugaskan untuk menjaga haiwan berkenaan buat sementara waktu, demikian menurut berita yang disampaikan oleh stesen televisyen WABI TV.



Pada 9 Februari lalu, Ashes dibawa ke rumah asalnya oleh seorang rakan kepada Janet. Cilley dilaporkan sedang bersiap sedia untuk mengambil kucing peliharaannya di lapangan terbang antarabangsa Portland. K Online

Kucing hilang 7 tahun ditemui sejauh 2,414 kilometer


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker