India mansuh kuarantin tujuh hari untuk ketibaan pelancong asing

NEW DELHI – Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga India semalam mengeluarkan garis panduan disemak semula dengan mengesyorkan pelancong asing menjalani pemantauan kendiri selama 14 hari, manakala perintah kuarantin di rumah selama tujuh hari sebelum ini akan dimansuhkan, lapor laman berita Wion News.

Garis panduan yang lebih mudah dipatuhi pelancong antarabangsa itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Mengikut garis panduan baharu tersebut, pelancong antarabangsa kini boleh memilih untuk memuat naik sijil lengkap vaksinasi Covid-19 daripada senarai 82 negara terpilih di samping memuat naik keputusan negatif ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan 72 jam sebelum perjalanan.



Antara pelancong yang tersenarai dalam garis panduan baharu itu termasuk dari Australia, Kanada, Cuba, Denmark, Hong Kong, Iran, Maldives, Israel, Mexico, Nepal, New Zealand, Oman, Qatar, Singapura, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Penetapan kategori negara berisiko dan lain-lain juga dimansuhkan.

“Oleh itu, keperluan pelancong dari negara-negara berisiko untuk menjalani ujian setelah tiba dan menunggu keputusan keluar telah dimansuhkan,’’ kata Menteri Kesihatan, Mansukh Mandaviya dalam satu kenyataan di laman Twitter

“Penumpang yang tiba dan yang didapati bergejala harus segera diasingkan dan dibawa ke kemudahan perubatan. Dua peratus daripada jumlah penumpang dalam penerbangan akan menjalani ujian secara rawak di lapangan terbang. Jika didapati positif, sampel pelancong tersebut akan dihantar untuk ujian penjujukan genom,’’ demikian menurut garis panduan rasmi tersebut.



Kontak rapat kepada penumpang yang diuji positif hendaklah dikenal pasti dan diuruskan mengikut protokol.

“Kontak rapat kepada pelancong yang diuji positif Covid-19 ialah penumpang yang duduk di barisan sama, tiga baris di hadapan dan tiga baris di belakang bersama kru kabin yang dikenal pasti,’’ jelas kenyataan itu. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker