Pecat Khairuddin kuasa Murshidul Am bukan kuasa Presiden PAS

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berpandangan sebarang keputusan pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama seharusnya diputuskan dahulu oleh badan tertinggi Pas itu.

Hal ini kerana beliau berpendapat perkara itu adalah di bawah kuasa prerogatif Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin selain perlu mendapat persetujuan daripada majoriti ahli Majlis Syura Ulama.

Jelas beliau, sebarang usul pemecatan Ahli Majlis Syura Ulama di luar mesyuarat badan tertinggi Pas itu seharusnya dilihat bersifat pandangan atau cadangan walaupun dikemukakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat.



“Saya punya pandangan hendak pecat Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, kena diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas. Majlis Syura pun belum bermesyuarat lagi.

“Begitulah juga sebarang keputusan untuk melantik Setiausaha Majlis Syura Ulama baharu kalau hendak diganti baharu. Seharusnya kena tunggu keputusan Majlis Syura Ulama.

“Sebarang keputusan dibuat di luar Majlis Syura Ulama, sepatutnya itu hanya pandangan atau cadangan sahaja daripada ahli-ahli AJK Pusat. Yang akan muktamadkan sewajarnya Majlis Syura Ulama sendiri,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak hakikat Jawatankuasa Pas Pusat ada hak untuk membuat keputusan (pengguguran jawatan Khairuddin) setelah semua perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas.” – Dr Mahfodz



Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengesahkan keputusan pengguguran Dr Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkuat kuasa Khamis.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, pengguguran Dr Mohd Khairuddin telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Rabu berikutan masalah disiplin.

Pada 12 Januari lalu, Dr Mohd Khairuddin digugurkan sebagai AJK Pas selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Berikutan itu, Dr Mohd Khairuddin kini hanya ahli biasa Pas tanpa memegang jawatan tertinggi dalam parti.



Dr Mohd Khairuddin sebelum ini tersingkir ketika pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bagi sesi 2021-2023 yang dijalankan ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-67 pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Dr Mohd Khairuddin turut digugurkan daripada jawatan menteri dan digantikan oleh Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

STATUS AJK YANG DILANTIK

Mengulas lanjut, Dr Mahfodz yang juga Ketua Sidang Assabiqun Pas Pusat bagaimanapun mengakui Jawatankuasa Pas Pusat masih mempunyai hak untuk membuat keputusan setelah isu berkaitan masalah tatatertib Khairuddin telah dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas.



Ditambah dengan keputusan Dr Mohd Khairuddin digugurkan daripada jawatan AJK Pas Pusat sebelum ini, Dr Mahfodz tidak menolak kemungkinan kapasiti Dr Mohd Khairuddin hanya berstatus AJK Pas Pusat lantikan menjadi faktor utama keputusan penyingkiran daripada jawatan Majlis Syura Ulama dibuat parti.

“Bagaimanapun saya tidak menolak hakikat Jawatankuasa Pas Pusat ada hak untuk membuat keputusan (pengguguran jawatan Khairuddin) setelah semua perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas.

“Oleh kerana beliau berstatus AJK Pas Pusat yang dilantik semula oleh Presiden, jadi Jawatankuasa Pas Pusat ada hak untuk membatalkan pelantikan Khairuddin dalam Majlis Syura Ulama.

“Apa pun, kita serahkan penyelesaian perkara ini kepada pucuk kepimpinan parti dan semua pihak diminta akur dengan segala keputusan dibuat,” ujarnya lagi.



Sebelum ini, Dr Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu membayangkan keputusan penggugurannya sebagai AJK Pas Pusat, adalah berkaitan dengan desakannya mahukan parti itu mengutamakan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).

Hal ini susulan pucuk kepimpinan Pas diketuai Abdul Hadi kini dilihat lebih cenderung untuk mengukuhkan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pecat Khairuddin kuasa Murshidul Am bukan kuasa Presiden PAS


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

2 Comments

  1. It is interesting to observe that a political party grounded in religion has made a divine title for its leader as a spiritual human being. Now the party also has a deputy spiritual human being.

    Truly, a person who never neglects to perform his moral responsibility and obligation is called a holy man. Hence, a holy man only achieves loyalty, not spirituality.

    Indeed, religion is often about loyalty to institutions, clergy, and regulations. However, the crowds are confused; they hold a commitment to spirituality.

    The call, holier-than-thou, has nothing to do with holiness. Instead, it is about a Muslim who feels that he has sufficient knowledge of the rules, so he can pass judgment, even to the extent of condemning a Muslim as an infidel.

    Suppose the political party has a deputy spiritual leader. In that case, it must also have a deputy for each mind, such as deputy subjective mine, deputy subconscious mind, deputy subliminal mind, and deputy unconscious mind.

    The reason is that a spiritual candidate has to pass those stages of mind before he is divinely inspired. Once the divine inspiration catches him, he becomes non-material. At this station, he is no longer interested in the world’s affairs, much less worried about losing in a general election.

    Speaking about spirituality, none of the Prophets claimed themselves as non-material leaders. Indeed, they also prohibited people from calling them unworldly. They were only a messenger. All Islamic countries, including the Malay States in Malaysia, is being observed by this tradition.

    Hence, the Agong, the Sultans, and the Muftis do not have this spiritual title added to their names. Thus, writers should be mindful of this word. It is not Islamic for a political party to alienate the crown of spiritual for its president.

  2. In Malaysia, Dr Mahathir is the hypocrite who glorified Islam. Every year Malaysia manufactured thousands of Islamic graduates who could not contribute much to the real physical development of the country. The government should stop spending taxpayers money to produce too many religious graduates.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker