Covid-19, 20,939 kes baru dicatat hari ini
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 20,939 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,996,361.
Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 154 hari, sejak September 10.
Setakat semalam, nilai R-naught di Malaysia adalah 1.51. Nilai lebih daripada 1.00 menandakan kadar penularan wabak yang meningkat.
Setiap negeri juga mencatatkan nilai R-naught lebih daripada 1.00, dengan tertinggi di Labuan (2.17).
Bilangan pesakit yang dirawat ke hospital pula seramai 5,319 orang setakat semalam – peningkatan 97 peratus berbanding dua minggu lalu.
Di Sabah, seramai 875 pesakit dimasukkan ke hospital – peningkatan 161 peratus berbanding dua minggu lalu.
Hanya 13.5 peratus penduduk di Sabah telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19. Ia jauh lebih rendah dengan kadar nasional iaitu 39.8 peratus.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (10 Feb) di mana 19,090 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (3,779)
Sabah (2,969)
Johor (2,837)
Kedah (1,956)
Kelantan (1,439)
Pulau Pinang (1,267)
Kuala Lumpur (1,005)
Negeri Sembilan (997)
Pahang (795)
Melaka (728)
Perak (373)
Terengganu (324)
Sarawak (226)
Putrajaya (183)
Labuan (106)
Perlis (106)
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.