Khairuddin dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama

Khairuddin dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama

Bekas menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuatkuasa semalam, tidak sampai sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, keputusan pengguguran jawatan Khairuddin itu dibuat dalam mesyuarat parti berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.



“Oleh kerana pelantikan beliau (Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat, maka PAS Pusat membatalkan pelantikan itu.

“(Beliau) tak jadi ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Abdul Hadi berkata, Khairuddin kini adalah ahli biasa parti dan PAS akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Terdahulu, pada 14 Jan lepas Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu. FMT



Khairuddin dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker