Gambar intim Baby Shima tular

Gambar intim Baby Shima tular

“Saya akui itu memang saya. Namun, saya minta maaf kerana tak dapat mengulas lanjut,” kata penyanyi dangdut, Baby Shima mengenai gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota yang tular.

Menerusi foto yang tersebar, penyanyi yang popular dengan lagu Pura-Pura Bujang ini sedang bermesra dengan seorang lelaki.

Gambar itu juga memperlihatkan Shima seperti sedang mencium lelaki terbabit yang sedang memegang gelas minuman.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 28, ketika dihubungi berkata, dia mengakui terkejut apabila ada pihak merakam gambarnya, namun enggan menjelaskan siapa lelaki terbabit.

“Tak perlulah saya beritahu siapa lelaki itu. Untuk apa kerana tiada kepentingan pun untuk diberitahu. Yang penting segala perbuatan saya bukan babitkan orang lain dan bukan ganggu orang lain. Saya tak kacau orang.

“Saya juga tak pernah terlintas nak cetuskan kontroversi. Saya hanya buat kerja sebagai penghibur dan netizen yang memandangnya dari sudut lain,” katanya.

Menurutnya, di dunia realiti dia tetap seperti orang lain yang mempunyai perasaan.

“Namun saya akui kadang-kadang sedih kerana kecaman yang diterima agak keterlaluan sehingga membabitkan dosa dan pahala,” katanya.

Terdahulu, Shima mendedahkan ramai membenci dirinya yang sama sekali tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Menurutnya, dia tidak pernah mengganggu, malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain. Sementara itu, menerusi hantaran terbaru Instagramnya, dia memuat naik gambar ubat penenang yang diambilnya bertujuan menenangkan diri dari kekusutan.

Shima yang juga juara Idola Berita Harian 2012 melangsungkan pernikahan dengan Mohd Afrendie Affendy di Johor Bahru pada 2015. HM

Gambar intim Baby Shima tular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker