Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini

Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan bakal memansuhkan semua sekatan berkaitan Covid-19 pada hujung bulan ini, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Pemansuhan ini turut melibatkan kewajipan kuarantin kendiri sekiranya seseorang individu diuji positif Covid-19.

Johnson kini sedang menekan Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford dan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon untuk menarik semula saki baki sekatan Covid-19 bagi memastikan seluruh Britain meraikan kebebasan bersama.

Peraturan kuarantin kendiri sepatutnya tamat pada 24 Mac akan datang namun Johnson berhasrat mengawalkan tarikh ‘kemerdekaan’ sejajar dengan penurunan kes yang memberangsangkan.

“Saya akan membentangkan rancangan hidup bersama Covid-19 dalam sesi parlimen sejurus semua anggota kembali bertugas pada 21 Februari ini.

“Diharapkan selepas pembentangan itu, peraturan kuarantin kendiri dapat ditamatkan dalam tempoh beberapa hari,” kata Johnson.

Meskipun hasrat Johnson mendapat tentangan beberapa anggota kabinet dan pakar kesihatan, beliau didakwa terpaksa mengisytiharkan ‘kebebasan’ dari Covid-19 lebih awal bagi memenangi semula hati rakyat selepas isu melibatkan dirinya berparti semasa perintah berkurung.

Dalam pada itu, Downing Street berkata kerajaan tidak akan mengesyorkan sesiapa pergi ke pejabat sekiranya mereka mempunyai penyakit berjangkit tidak kira ia Covid-19, selesema atau batuk biasa.

Penegasan itu dinyatakan selepas media bertanya adakah ketiadaan kuarantin kendiri membolehkan mereka yang positif Covid-19 hadir bekerja di pejabat.

“Masyarakat perlu faham, itu bukan apa yang kerajaan cadangkan. Sekiranya anda tidak sihat dan mempunyai apa-apa jenis penyakit berjangkit, secara logiknya pasti tidak akan hadir bekerja.

“Apa yang kerajaan akan lakukan adalah menghapuskan peraturan domestik berkaitan kuarantin dari segi undang-undang. Selepas itu, semua terletak pada penilaian kendiri masing-masing,” jelas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Rosie Bate-Williams .

Tambahnya, ini adalah langkah awal kemasukan ke era endemik seperti yang dibincangkan sejak setahun lalu dan masyarakat perlu mula menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Peralihan fasa Britain ke era endemik membuktikan hasil kerja keras rakyat negara ini akhirnya membuahkan hasil.

“Kerajaan berterima kasih kepada semua rakyat yang mengikuti program vaksinasi dan dos penggalak semasa perayaan Krismas,” jelasnya.

Bate-Williams berkata sektor perniagaan akan diberi panduan tentang cara mengendalikan pekerja berikutan pemansuhan keperluan kuarantin kendiri berkaitan Covid-19.

Pelan itu juga akan menetapkan pengaturan yang akan disediakan untuk perjalanan antarabangsa menjelang 25 Mac.

Ia meliputi baki peraturan bukan domestik mengenai perjalanan antarabangsa seperti borang penumpang dan ujian pengesanan Covid-19 untuk mereka yang tidak divaksinasi.

Setakat ini, hanya Denmark dan Sweden yang sudah memansuhkan hampir semua sekatan Covid-19 namun masih mengekalkan peraturan kuarantin kendiri bagi mereka yang diuji positif dan pengunjung dari luar negara. K Online

Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker