Tak mahu dos penggalak, jangan keluar lepak

Tak mahu dos penggalak, jangan keluar lepak

Isu menolak pengambilan dos penggalak ditambah pula dengan peningkatan kes harian Covid-19 mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat negara ini.

Turut tidak terkecuali merasai hal sama ialah pelakon popular, Elfira Loy yang menggesa orang ramai mengambil suntikan dos penggalak sekiranya ingin keluar bertemu individu lain.

Pelakon, Elfira Loy menggesa orang ramai mengambil suntikan dos penggalak sekiranya ingin keluar bertemu individu lain.
Malah aktres berusia 28 tahun itu juga pelik dengan segelintir individu yang tidak mempercayai jumlah peningkatan semula kes harian baharu Covid-19 ketika ini.

“Saya tidak faham mengapa terdapat sesetengah orang tidak percaya dengan nombor (kes harian) sedangkan hampir setiap hari ada sahaja orang di sekeliling saya dijangkiti.

“Sepertinya hampir setiap hari saya lihat ada yang disahkan positif atau menjadi kontak rapat,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Tambah pelakon drama Biar Mimpi Sampai ke Bintang itu, pembantu peribadinya turut disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

“Sekarang pembantu peribadi saya juga dijangkiti ketika jadual kerja sangat padat.

“Jika anda menolak dos penggalak tidak mengapa tetapi jangan keluar melepak di tempat yang sesaklah.

“Jika anda nak lepak, tolong ambik suntikan doa penggalak,” ujar pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan sehingga melepasi angka 13,000 dengan 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes. K Online

Tak mahu dos penggalak, jangan keluar lepak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker