Individu bujang lebih berisiko mati awal

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa individu yang menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dapat menikmati hidup lebih lama dan sihat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian Pejabat Statistik Kebangsaan itu mendedahkan kadar kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang meningkat dua kali ganda berbanding mereka yang berkahwin.

Pakar percaya keadaan itu berlaku kerana pasangan sering mengingatkan satu sama lain agar melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mengalami masalah kesihatan.



Selain itu, menjalani kehidupan bahagia dapat membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan gaya hidup sihat, manakala hidup berkeluarga dikaitkan dengan pengurangan kebarangkalian untuk terlibat dengan tabiat-tabiat berisiko.

Dalam pada itu, kehidupan bujang, bercerai atau menjadi balu dikaitkan dengan peningkatan kadar kesepian dan tekanan.

“Buat kali pertama, kami menganalisis trend demografi dalam kadar kematian berdasarkan status perkahwinan.

“Kami mendapati bahawa berdasarkan data selama 10 tahun, lelaki dan wanita yang berkahwin atau mempunyai pasangan secara konsisten mempunyai kadar kematian yang rendah berbanding individu bujang, duda, janda atau balu,” katanya. – AGENSI



Individu bujang lebih berisiko mati awal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker