Pecah rumah di Taman Kota Masai, dua lelaki diburu polis (Video)

Pecah rumah di Taman Kota Masai, dua lelaki diburu polis (Video)

JOHOR BAHRU – Polis memburu dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Millsgate, Eko Tropics, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat seorang wanita tempatan berusia 38 tahun.



“Video rakaman daripada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan perlakuan dua orang suspek lelaki terlibat dalam kejadian pecah rumah tersebut.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan dua suspek yang dipaparkan dalam rakaman CCTV berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu wanita itu turut memuat naik beberapa klip video serta tangkap layar wajah suspek terbabit di Facebook miliknya.

Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Hafizudin Mohamad 010-4008030/ 07-3864222. K Online

Pecah rumah di Taman Kota Masai, dua lelaki diburu polis (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker