Lelaki parah, kaki digigit buaya ketika cari lokan

Seorang lelaki bertarung nyawa selepas kaki kirinya dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Giling, di sini semalam

TUARAN – Hasrat seorang lelaki mencari lokan berakhir dengan tragedi apabila kaki kirinya dibaham seekor buaya di Sungai Giling, dekat sini semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 40-an dikatakan pergi ke sungai berkenaan bagi mencari lokan sebelum terpijak reptilia terbabit yang kehadirannya tidak disedari mangsa.

Difahamkan, haiwan ganas itu terus menggigit kaki kiri mangsa sebelum berlaku pergelutan dan akhirnya gigitan dapat dileraikan beberapa minit kemudian.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki dan dikejarkan ke Hospital Tuaran oleh rakannya untuk rawatan lanjut.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker