Umno buka pintu pada mahu kembali sebagai ahli biasa – Zahid

Umno buka pintu pada mahu kembali sebagai ahli biasa – Zahid

Umno sedia menerima kembali bekas pemimpin ataupun ahli parti yang ingin kembali ke pangkuan Umno, mengikut perlembagaan parti tanpa sebarang keistimewaan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata Umno adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan sedia membuka pintunya untuk semua.

“Umno adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan. Pintunya terbuka untuk semua. Tanpa mengira latar umur dan asal usul.

“Namun, andai mereka yang meninggalkan Umno dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Namun, parti ini mesti berlaku adil dan tegas.

“Proses penerimaan semula mesti melalui proses seperti dalam perlembagaan Umno. Diterima hanya sebagai ahli biasa. Tanpa syarat. Tanpa keistimewaan atau kelebihan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa berkata kepulangan beberapa pemimpin kanan Bersatu Johor kepada Umno adalah “gelombang pemulihan” yang baik.

Katanya, ramai lagi pemimpin Bersatu akan mengambil keputusan yang sama, pulang ke pangkuan Umno dan BN.

Sebelum ini, bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan keluar parti beberapa hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bubar.

Ia disusuli dengan tindakan bekas Adun Larkin, Mohd Izhar Ahmad yang meninggalkan Bersatu. Mk

Umno buka pintu pada mahu kembali sebagai ahli biasa – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker