Sistem kesihatan tidak terjejas walaupun kes harian Covid-19 meningkat – KKM

Sistem kesihatan tidak terjejas walaupun kes harian Covid-19 meningkat – KKM

Walaupun jumlah kes harian Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 10,089 kes hari ini, senario ini tidak menjejaskan sistem kesihatan negara berikutan liputan vaksinasi lengkap bagi populasi adalah tinggi.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini berkata, kadar vaksinasi di negara ini antara yang terbaik di dunia.



Katanya, keadaan ini turut dibantu oleh kadar pemberian vaksinasi dos penggalak bagi keseluruhan populasi yang kini sudah mencapai 37%, manakala bagi penduduk dewasa melebihi 50%.

“Bagi penduduk berumur 60 tahun dan ke atas, kadar vaksinasi bagi dos penggalak telah mencapai 68%.

“Kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kadar kematian tidak menunjukkan peningkatan. Kebanyakan kes dilaporkan melibatkan kategori 1 dan 2,” katanya.

KKM menjelaskan, untuk perbandingan, Korea merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 38,670 kes, Indonesia (32,729 kes), Thailand (10,879 kes), Filipina (7,469 kes), Australia (22,985 kes) dan Singapura 10,390 kes pada 5 Feb.



Menurut kenyataan itu lagi, perlindungan vaksin telah membantu mengurangkan kadar penggunaan katil di fasiliti kesihatan walaupun negara kini berdepan ancaman varian Omicron yang sangat mudah merebak.

“Kita berjaya menstabilkan gelombang Delta dan percaya perkara yang sama boleh melawan varian Omicron,” katanya.
FMT

Sistem kesihatan tidak terjejas walaupun kes harian Covid-19 meningkat – KKM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker