Satu jari tuding UMNO, empat jari kepada Bersatu

Satu jari tuding UMNO, empat jari kepada Bersatu

Sikap menuding jari oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan kepada UMNO dengan gelaran-gelaran tertentu pada hakikatnya menunding kepada kepada parti tersebut sendiri.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan Wan Saiful yang terus memburukkan UMNO dan BN dengan gelaran ‘Kluster Mahkamah’ dan ‘Kumpulan Soleh’ merupakan cubaan memecah belah dan memburukkan pihaknya.



“Sebenarnya satu jari Ketua Penerangan Bersatu menuding kepada UMNO, ada empat jari lain menuding kepada Bersatu sendiri, kerana itu hakikatnya dalam Bersatu pelbagai kluster mereka ada.

“Justeru itu jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu. UMNO BN sangat yakin rakyat bijak menilai,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Wan Saiful menyebut ‘UMNO Soleh’ yang merujuk kepada kumpulan pemimpin yang baik dalam parti itu yang mereka mempunyai sikap berbeza daripada Kluster Mahkamah.

Kluster Mahkamah pula merujuk kepada pemimpin UMNO yang pernah berhadapan kes mahkamah.



Menurut Shamsul Anuar, secara mudahnya apabila Wan Saiful berterusan memburukkan UMNO BN dengan menggunakan gelaran Kluster Mahkamah dan terbaru ‘Kumpulan Soleh’ hanya mahu memecahbelah dan memburukkan UMNO dan BN.

“Bagaimanapun saya ingin nyatakan sebutlah apa pun gelaran yang Bersatu suka, UMNO dan BN kekal fokus memperkukuhkan parti dan bekerja kuat memenangi hati rakyat bagi memastikan mendapat mandat rakyat untuk membentuk Kerajaan BN yang stabil di Johor demi rakyat Johor,” katanya. Utusan

Satu jari tuding UMNO, empat jari kepada Bersatu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?



Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker