Lima cawangan Bersatu Tanjung Piai bubar

Lima cawangan Bersatu Tanjung Piai bubar

PONTIAN – Lima cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tanjung Piai terbubar apabila ketua cawangan bersama lebih 300 ahlinya bertindak keluar parti serta-merta, malam tadi.

Cawangan terlibat adalah Pekan Nanas Timur, Pekan Nanas Selatan, Ladang Sos Malaya, Melayu Raya dan Lubuk Sawah.



Bekas Setiausaha PPBM Bahagian Tanjung Piai, Hishamuddin Busri berkata, tindakan keluar beramai-ramai itu dibuat kerana merasakan PPBM sudah kehilangan hala tuju, bahkan didakwa sudah tidak mempunyai masa depan dalam kancah politik tanah air.

“Kami sebenarnya tidaklah mahu memburuk-burukkan parti yang pernah kami dukung, tetapi hala tuju parti sudah tidak selari dengan matlamat dan perjuangan kami yang mahukan terbaik buat masyarakat.

“Surat keluar parti secara rasmi akan diserahkan dalam waktu terdekat kepada kepimpinan PPBM di peringkat bahagian,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Pekan Nanas malam tadi.

Serentak itu, Hishamuddin yang juga merupakan Ketua Bersatu Cawangan Pekan Nanas Timur sebelum ini memberitahu, mereka juga sudah membuat keputusan untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).



Dalam sidang media itu, Hishamuddin turut menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Naib Presidennya, Datuk Junz Wong.

“Perkara ini telah pun kami bincangkan sejak kira-kira tiga bulan lalu, yang mana tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Kami adalah orang-orang yang mempercayai perjuangan politik untuk bangsa dan masyarakat, kami sudah kaji semua parti politik yang ada dan Warisan dilihat pilihan terbaik,”katanya.

Beliau berkata, mereka kini akan berusaha untuk menggerakkan Warisan di kawasan Tanjung Piai bagi membolehkan parti itu terus berkembang di Semenanjung, khususnya di Johor. MG



Lima cawangan Bersatu Tanjung Piai bubar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker