Tengku Razaleigh bersuara lagi
GEORGETOWN – Kerajaan perlu memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat berhubung pendekatan diambil dalam menangani krisis kesihatan melibatkan wabak Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, selain krisis kesihatan, negara juga berhadapan dengan banyak krisis susulan penularan wabak tersebut.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, negara sudah membelanjakan RM5 bilion untuk menangani Covid-19 termasuk pembelian vaksin dan sebagainya.
“Saya bimbang dan khuatir dengan keadaan negara kita sekarang ini kerana menghadapi banyak krisis antaranya krisis kepimpinan, kesihatan, kewangan dan sebagainya yang mana, krisis kepimpinan ini terbitnya daripada krisis multi parti politik.
“Dalam segi kesihatan, isu Covid-19 belum selesai sedangkan kita sudah berbelanja banyak untuk membeli vaksin dan sebagainya.
“Walaupun wang keluar sudah banyak, namun jumlah yang dijangkiti masih lagi meningkat contohnya seperti semalam (Sabtu),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Forum Perpaduan 2022 di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad.
Dalam pada itu, Ku Li berkata, kerajaan perlu telus dalam memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana rakyat masih tertanya-tanya mengenainya.
“Pada Sabtu, kes mencecah 9,000 lebih, itu bukan (angka) yang sedikit. Sampai bila kita nak belanja sedangkan di sesetengah negara yang kita tahu, sudah melonggarkan segala peraturan yang ketat namun Malaysia masih sama.
“Mengapa begitu? Kita sudah ada dos ‘booster’ (penggalak) tetapi (kes) tak reda-reda juga. Jadi banyak persoalan di minda rakyat kerana keadaan semakin melampau. Nak potong rambut pun tak boleh jika tak divaksin, semuanya menjadi susah.
“Ini bukan soal anti vaksin tetapi sudah divaksin pun masih dijangkiti juga. Jadi yang mana satu betul, ini yang rakyat persoalkan. Sehingga ke hari ini, kerajaan belum beri penjelasan secara terbuka dan ikhlas kepada mereka yang menyoal tindakan-tindakan kerajaan ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menjelaskan, peruntukan RM5 bilion bagi vaksin Covid-19 adalah untuk perolehan 73.5 juta dos termasuk kos pelaksanaan program imunisasi berkenaan.
Mengulas lanjut, Ku Li menambah, negara juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan harga barang makanan naik mendadak sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos hidup rakyat.
“Negara yang berduit tidak takut sangat kepada inflasi ekonomi mereka tetapi kita tak ada duit, hutang kita banyak, lebih dari RM1.3 trilion sekarang ini. Sedangkan kita kena beli ubat, beri pertolongan kepada rakyat ketika zaman kesusahan ini.
“Kita tak ada duit, cukai tak ada kerana perniagaan tidak berjalan betul. Hotel-hotel baharu sahaja dibuka, itu pun dengan halangan yang kita buat kerana bimbang penularan wabak yang boleh menjangkiti rakyat,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.