Kesatuan mahasiswa UM tuntut peperiksaan akhir secara dalam talian

Kesatuan mahasiswa UM tuntut peperiksaan akhir secara dalam talian

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa universiti itu menjalankan peperiksaan akhir secara dalam talian bagi menjamin keselamatan mahasiswa berikutan lonjakan kes Covid-19 akibat varian Omicron di negara ini.

Dalam satu kenyataan, KMUM menyatakan kebimbangan mengenai pelaksanaan peperiksaan akhir secara bersemuka bagi sesetengah fakulti di universiti itu.

“Pihak KMUM menuntut agar semua peperiksaan akhir dijalankan secara atas talian.

“Ini penting untuk menjamin keselamatan mahasiswa dan mahasiswi terutamanya pada masa yang kritikal ini di mana terdapat peningkatan kes Covid-19 dalam kampus dan penularan gelombang varian Omicron di seluruh negara semakin ketara.

“Hal ini demikian kerana perhimpunan ramai (‘mass gathering’) dalam dewan peperiksaan akan mendedahkan dan meningkatkan risiko jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UM,” kata KMUM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut KMUM, mahasiswa yang dikuarantin juga perlu diberikan kebebasan membuat keputusan sama ada meneruskan atau menangguhkan peperiksaan.

“Tekanan yang dialami dalam tempoh kuarantin amat besar ekoran daripada kerisauan dijangkiti Covid-19, tambahan pula dengan tekanan peperiksaan.

“Di samping itu, kegagalan pihak pentadbiran untuk membendung penyebaran wabak Covid-19 di kampus telah mengakibatkan para mahasiswa/i terpaksa menjalani kuarantin,” katanya.

Selain itu KMUM juga menggesa pihak pengurusan universiti mengecualikan caj yuran kolej bagi dua kategori pelajar.

Kategori pertama adalah bagi pelajar yang menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari selepas peperiksaan akhir tamat sebelum bertolak pulang

Manakala kategori kedua mereka yang menangguhkan peperiksaan akhir akibat bergejala atau dikesan positif dan bakal menduduki ‘Special Examination’ Grade I.

“Sekiranya peperiksaan masih dilakukan secara fizikal, pelajar-pelajar diwajibkan untuk menjalani ujian calitan sebelum memasuki dewan peperiksaan dan kos ujian tersebut haruslah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti.

“Pihak KMUM membantah dan mengkritik sebarang keputusan ataupun tindakan yang mengabaikan keselamatan dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi UM.

“Maka, kami dari pihak Kesatuan menggesa pihak Universiti untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi mahasiswa dan mahasiswi,” jelasnya. Mk

Kesatuan mahasiswa UM tuntut peperiksaan akhir secara dalam talian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker