Granola… Tip Diet Paling Mudah Dan Berkesan. Selamat Tinggal Lemak!

Granola… Tip Diet Paling Mudah Dan Berkesan. Selamat Tinggal Lemak!

GRANOLA biasanya menjadi pilihan yang tepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Rata-rata masyarakat menggunakan granola sebagai menu sarapan pagi – campuran kacang, oat dan buah-buahan menjadikannya menu sarapan yang sihat.

Dipetik dari laman Good To, granola mengandungi banyak nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Contohnya, mikronutrien seperti zat besi, vitamin D dan zink. Granola juga mengandungi tahap vitamin B yang tinggi dan penting dalam pertumbuhan sel darah merah.

Selain itu, granola juga mempunyai antioksidan yang boleh melawan keradangan dan memberi perlindungan terhadap kerosakan sel.

Kebaikan granola untuk diet

Manfaat granola untuk diet itu sendiri diperoleh daripada gandum yang kaya dengan serat. Seperti yang diketahui, selain membantu mengekalkan sistem penghadaman, pengambilan serat juga boleh meningkatkan rasa kenyang yang menghalang anda daripada makan berlebihan.

“Makanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti granola boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama, bagus untuk mereka yang mengurangkan snek dan mengawal berat badan,” kata pakar pemakanan, Mina Khan.

Bagaimanapun, jangan lupa untuk sentiasa memberi perhatian kepada label pembungkusan granola. Elakkan granola dengan kandungan gula yang tinggi dan lemak tepu, kerana ia boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Secara amnya, anda akan dinasihatkan untuk mengambil 45-50 gram granola setiap hari atau bersamaan dengan 3 sudu besar. Gabungkan dengan makanan sihat lain seperti yogurt dan buah-buahan untuk menghasilkan bahagian nutrisi yang seimbang.

Cara makan granola untuk diet

Dipetik dari laman WikiHow, terdapat banyak cara penggunaan granola untuk diet, termasuk;

1. Jadikan sebagai snek

Kebiasaannya granola menjadi pilihan ramai untuk dikunyah sebagai snek.

Ia juga boleh dicampur dengan beberapa bahan sihat lain seperti kacang dan buah.

2. Campurkan dengan susu

Anda juga boleh mencampurkan granola dengan susu untuk sarapan pagi.

Isikan mangkuk dengan tiga sudu besar granola, kemudian tambahkan susu secukupnya – sarapan granola boleh dinikmati dengan segera!

3. Masak granola untuk sarapan

Hidangan ini hampir sama dengan yang di atas. Cumanya anda perlu memasaknya terlebih dahulu, caranya;

a) Didihkan 250 ml susu dalam periuk.

b) Masukkan 45 gram granola ke dalamnya.

c) Masak sehingga susu menyerap dan memekat dengan sendirinya – kacau sekali-sekala.

d) Hidangkan granola hangat dengan hirisan pisang, serbuk kayu manis, atau bahan-bahan lain yang sihat.

4. Jadikan topping yogurt

Menghidangkan yogurt dengan topping granola boleh menjadi pilihan makanan yang sihat, kerana terdapatnya protein dan serat granola.

Bagaimanapun, untuk adunan ini, anda disyorkan untuk menggunakan yogurt original tanpa perisa, caranya;

a) Tuangkan yogurt ke dalam mangkuk atau gelas.

b) Taburkan granola di atas yogurt.

c) Masukkan hirisan buah segar, madu atau serbuk koko.

5. Jadikan topping smoothie

Smoothie juga sering menjadi kesukaan ramai, dengan menggabungkan taburan granola untuk menjadikan ia lebih mengenyangkan.

Pelbagai resepi smoothie yang boleh digunakan, seperti;

a) Sediakan semangkuk smoothie (mengikut pilihan sendiri).

b) Taburkan granola di atas smoothie.

c) Tambah hirisan buah-buahan segar atau bahan-bahan lain yang sihat.

Granola… Tip Diet Paling Mudah Dan Berkesan. Selamat Tinggal Lemak!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker