Saya bersyukur dia sudah didakwa, tapi ujian ini amat berat – Nazri

Saya bersyukur dia sudah didakwa, tapi ujian ini amat berat – Nazri

Hanya ungkapan ‘Ya Allah, Allah Maha Berkuasa’ keluar dari mulut seorang lelaki sebaik mengetahui pemandu yang menyebabkan kematian anak dan isterinya didakwa atas kesalahan membunuh.

Mohd Nazri Hamid, 44, yang kehilangan isteri, Raihan Mohamad, 43, serta tiga anak Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7 dan Ahda Imtinan, 5, dalam kemalangan di Jalan Lebu ke Mempaga dekat Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang, Jumaat lalu.

Sebagai insan biasa, Nazri menerima takdir dan hanya mengharapkan individu terbabit menerima hukuman setimpal.

“Dengan apa yang berlaku terhadap saya dan anak-anak, tiada kata yang mampu terluah walaupun individu berkenaan sudah didakwa.

“Namun, saya mengharapkan individu berkenaan menerima hukuman setimpal dan menyerahkan kepada pihak berkuasa memandangkan perjalanan kes ini masih jauh.

“Nak kata puas hati, saya tidak mampu kerana saya insan biasa dan ujian ini amat berat. Namun, saya ratapi kematian isteri dan anak-anak dengan reda,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, seorang peniaga ikan yang memandu di bawah pengaruh dadah dan terbabit dalam kemalangan menyebabkan kematian empat beranak itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas tuduhan membunuh semua mangsa.

Selain empat tuduhan membunuh empat beranak itu, Ahamad Fuad Mohd Salleh, 44, turut berdepan dua lagi pertuduhan iaitu memiliki dan menggunakan dadah jenis methamphetamine seberat 0.75 gram, namun mengaku tidak bersalah.

Mengulas lanjut, Nazri, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang, berkata dua anaknya, Ahmad Awaz, 12 dan Ahdan Fasihah, 11, kini sudah dapat menerima kehilangan ibu dan adik beradik.

“Mereka masih bersedih, namun saya sentiasa menasihati mereka supaya menerima ujian ini dengan tenang kerana semua orang akan meninggal dunia.

“Alhamdulillah, hari ini kami ziarah kubur dan anak-anak sudah mampu membaca doa untuk ibu serta adik-beradik mereka,” katanya. FMT

Saya bersyukur dia sudah didakwa, tapi ujian ini amat berat – Nazri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker