Pengemis 12 beradik jana pendapatan RM700 sehari

JAKARTA – Taktik 12 adik-beradik daripada sebuah keluarga di Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Tengah yang mengemis meminta simpati orang ramai membuatkan mereka mampu menjana pendapatan lumayan mencecah 2.4 juta rupiah (RM699.55) sehari, lapor laman berita Riau24 kelmarin.

Bukan itu sahaja, hasil pemeriksaan mendapati keluarga tersebut turut mampu membeli motosikal baharu dan kereta,  selain memiliki barang kemas serta telefon pintar.

Mereka turut tinggal di sebuah rumah yang disifatkan sebagai selesa, hanya dengan mengemis wang daripada orang ramai.



Taktik mereka bagaimanapun terbongkar apabila pihak berkuasa membuat serbuan ke atas golongan gelandangan dan pengemis di sekitar bandar Kotawaringin Timur  kelmarin.

Hasil serbuan tersebut, pihak berkuasa menangkap sembilan pengemis dan gelandangan dengan lima daripada mereka adalah saudara kandung.

Selepas memeriksa keadaan rumah keluarga adik-beradik pengemis tersebut, pihak berkuasa menemui sebuah motosikal dan kereta di halaman rumah mereka.

Ketua Polis Perbandaran Kota Waringin Timur, Sugeng Rianto berkata, ibu bapa kanak-kanak tersebut mengarahkan mereka mengemis di beberapa jalan berlainan yang telah ditentukan lokasinya.



“Walaupun bukan kereta baharu, namun ia bukan barangan murah. Mereka turut mempunyai motosikal, memakai barang kemas dan memiliki telefon pintar. Kehidupan mereka tidak menggambarkan bahawa mereka terpaksa mengemis,” klata Sugeng.

Tambah Sugeng, menurut kiraan, seorang anak keluarga itu mendapat wang hasil mengemis kira-kira 200,000 rupiah (RM58.05).

“Ini bermaksud dalam masa sehari, mereka mampu menjana pendapatan sebanyak 2.4 juta rupiah (RM699.55),” katanya. – AGENSI

Pengemis 12 beradik jana pendapatan RM700 sehari




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker