Jangan Pandang Enteng! 8 Jenis Kuku Boleh Jadi Petunjuk Anda Ada Masalah Kesihatan Ini
Jangan Pandang Enteng! 8 Jenis Kuku Boleh Jadi Petunjuk Anda Ada Masalah Kesihatan Ini
MASALAH kesihatan boleh dilihat dengan melihat warna kulit, keadaan rambut termasuklah kuku.
Kuku adalah salah satu bahagian anggota kita yang berfungsi melindungi hujung jari serta tisu lembut di sekeliling jari.
Perasan tak, dengan adanya kuku ni, ia akan memudahkan fungsi jari kita, contohnya apabila menyentuh atau mengutip benda halus.
Tahukah anda, kuku kita ni boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kita dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti penyakit-penyakit tertentu.
Eh, macam mana pula tu ya?
Jom kita fahami lebih lanjut tentang kuku!
APAKAH KUKU?
Kalau kita tanya apakah itu kuku, mesti semua orang tahu dan boleh tunjukkan kuku masing-masing.
Tapi, tahukah kita bagaimana kuku ini tumbuh dan apakah yang berada di bawah lapisan kuku?
Menurut Dr. Salmah bt. Nordin, sebenarnya plat kuku (nail plate) adalah bahagian sebenar kuku yang kita lihat. Ia terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.
Plat kuku (nail plate) ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.
Kutikel (cuticle) terletak di hujung proksimal kuku (proximal nail fold). Ia sebenarnya adalah lapisan kulit mati yang hampir tidak kelihatan yang terlipat di atas bagi melindungi plat kuku yang baru tumbuh.
Oh ya, kuku pada jari tangan tumbuh dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.
JADI, BAGAIMANA KUKU BOLEH MENJADI PETUNJUK TAHAP KESIHATAN KITA?
Sekarang kita dah faham tentang kuku, tapi bagaimana agaknya kuku ni boleh menjadi petunjuk pada tahap kesihatan kita?
Jom kita fahamkan lagi apa sebenarnya yang terletak di bahagian bawah kuku.
Dasar kuku adalah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku adalah mengikut warna dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar.
Oleh sebab itulah, warna kuku kita boleh mencerminkan tahap kesihatan masing-masing.
8 JENIS KUKU BERMASALAH YANG KITA PERLU TAHU
Baiklah, kita dah faham tadi bahawa warna dan keadaan kuku boleh dijadikan petunjuk yang menggambarkan keadaan kesihatan kita.
Menurut Dr Sara Norris, ini berlaku kerana kesihatan kuku berkait rapat dengan bagaimana tubuh kita berfungsi pada bahagian lain.
Jadi, mari kita lihat apa yang kuku boleh beritahu kita berdasarkan Portal MyHealth ini.
Selain daripada 8 jenis kuku di atas, terdapat juga masalah kerosakan kuku yang biasa dialami contohnya:
1. KUKU RAPUH (BRITTLE)
Kuku jenis rapuh dan mudah koyak adalah salah satu masalah kuku rosak yang paling biasa berlaku.
Masalah yang dikenali sebagai onychoschizia ini juga didapati lebih banyak berlaku di kalangan wanita.
Punca kuku rapuh ini adalah disebabkan oleh keadaan basah dan kering yang berulang kali atau pendedahan kepada bahan kimia contohnya dengan melakukan kerja-kerja mencuci yang kerap atau bahan pengilat kuku yag berlebihan.
Sekiranya ini yang berlaku, ia boleh diatasi dengan menggunakan losyen yang sesuai untuk kulit.
Namun, perlu diingat bahawa masalah kuku rapuh dan mudah ini ia juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah hypothyroidism dan kekurangan zat besi, vitamin dan kalsium.
2. GARISAN HITAM PADA KUKU
Menurut Healthline.com, garisan hitam pada kuku ini juga dikenali sebagai splinter hemorrhage.
Garisan ini kadangkala berwarna kecoklatan atau kemerahan kerana berlakunya pendarahan pada bahagian bawah kuku.
Ia selalu berlaku akibat trauma seperti tersepit pintu atau kecederaan tertentu.
Garisan ini akan hilang dengan sendirinya apabila kuku tumbuh dan diganti dengan kuku baru.
3. KUKU TIADA ‘BUNGA’
Perasan tak dekat bahagian dasar kuku ada bahagian berwarna putih berbentuk bulan sabit yang digelar lunula.
Ada yang kecil, ada yang besar. Ia adalah kuku baru kerana kuku asalnya tumbuh di sini.
Menurut Pusat Sains Negara, bunga kuku ini tidak akan kelihatan apabila kita kurang sihat tau!
Malah, ia juga mungkin petanda bagi keadaan berikut:
- malnutrisi
- depresi
- anemia
Tapi ada juga orang yang tak ada ‘bunga’ kuku ni sebab ia mungkin ‘tersorok’ di bahagian bawah kuku.
Jadi janganlah risau sangat melainkan anda mengalami simptom-simptom di atas tadi ya.
4. JANGKITAN / CAGU
Kuku juga terdedah kepada penyakit.
Kita perlu mengenali beberapa keadaan yang biasa berlaku untuk membantu anda mendapatkan rawatan.
- Jangkitan bakteria
Jangkitan lipatan kuku. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Namun, kulat adalah punca jangkitan yang diketahui. - Jangkitan kulat
Jangkitan kulat adalah keadaan yang sering berlaku. Kuku boleh dijangkiti kulat yis atau kurap. Kuku boleh menebal dan cacat kerana mungkin plat kuku terpisah dari dasar kuku. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat. - Cagu
Cagu adalah suatu keadaan apabila kuku tumbuh dalam dasar kuku, menyakitkan dan mendapat jangkitan. Ini berkaitan dengan cara memotong kuku yang salah atau berlebihan berat badan (obes). Ia juga kerap berlaku pada kaki yang besar.
CIRI KUKU YANG SIHAT
Untuk memastikan kuku kita sihat dan tak bermasalah, kita mesti tahu ciri-ciri kuku yang sihat.
Ciri-ciri kuku yang sihat adalah seperti berikut.
- Bersih
- Mempunyai permukaan licin tanpa rabung atau alur
- Mempunyai warna yang seragam. Ia harus bebas daripada tompokan atau berubah warna atau menjadi pudar
- Walau bagaimanapun, apabila individu semakin berumur, rabung/alur boleh terbentuk
Antara langkah penjagaan kuku yang boleh diamalkan termasuklah:
- Pastikan kuku anda pendek, tetapi tidak terlalu pendek kerana ia boleh melukakan jari dan mendedahkan jari kepada jangkitan.
- Potong kuku kaki anda lurus. Jangan cungkil bahagian tepi kuku bagi mengelakkan cagu dan jangkitan penyakit
- Kuku panjang cenderung untuk terbelah dan mudah patah dan boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri.
- Gunakan pelembap beberapa kali sehari
- Pengilat kuku boleh mengekalkan kelembapan dalam kuku. Walau bagaimanapun ia mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu, terutama orang Islam kerana perlu berwuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
- Elakkan menggunakan penanggal pengilat kuku terlalu kerap. Seeloknya hadkan penggunaan, maksimum sekali seminggu.
- Jangan membuang kutikel kerana ia boleh mendedahkan kuku kita kepada jangkitan.
Kesimpulannya, penting untuk kita menjaga kebersihan kuku setiap hari walaupun kuku kita ni kecil saja.
Walau bagaimanapun, kalau cuma ada satu atau 2 jari kuku yang bermasalah janganlah kita panik kerana ia mungkin tidak menggambarkan tahap kesihatan kita keseluruhannya.-SL
Maka, berjumpalah dengan doktor untuk kepastian ya.
Jangan Pandang Enteng! 8 Jenis Kuku Boleh Jadi Petunjuk Anda Ada Masalah Kesihatan Ini
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.