Jaga tepi kain sendiri, Shahril bidas Wan Saiful

Jaga tepi kain sendiri, Shahril bidas Wan Saiful

UMNO meminta BERSATU supaya tidak mencampuri hal-ehwal parti itu dan menyifatkan kenyataan BERSATU bahawa UMNO berdepan kemelut dalaman sebagai tidak berasas.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata dakwaan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, kononnya berlaku kemelut dalaman pada parti terbesar negara itu, seolah-olah mahu mencampuri urusan parti lain.

“Bagaimana orang yang tidak berada dalam UMNO boleh begitu tahu mengenai hal dalaman UMNO dan begitu yakin mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Lebih baik dia cerita mengenai BERSATU sahaja, hal dalam UMNO dia sebenarnya tidak tahu. Lebih baik jaga tepi kain sendiri,” katanya pada Program Santai Penerangan UMNO Bersama Media, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Wan Saiful dalam satu kenyataan, mendakwa dalaman UMNO kini kucar-kacir serta ahli juga tidak yakin untuk membawa nama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas mengenai persiapan Penerangan UMNO untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor pula, Shahril berkata, ia akan memfokuskan kepada keutamaan parti selain melihat garis panduan berkempen oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Macam di Melaka, kita sudah pelajari sesuatu dan untuk PRN kali ini, situasi sedikit berbeza. Sudah tentu kita akan fokuskan kepada penerangan mengenai isu semasa dan bagaimana untuk memenangi semula pengundi di atas pagar.

“Kita juga akan tunggu prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Walaupun SOP PRN Melaka agak ketat, BN tetap peroleh kemenangan, cuma kalau boleh memang kita mahu ada kelonggaran (berkempen) untuk kali ini,” katanya. BH

Jaga tepi kain sendiri, Shahril bidas Wan Saiful


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker