Anda Ada Parosmia Bila Hidung ‘Sensitif’ Bau Daging? 11 Makanan Ini Buat Anda Kurang Senang
Anda Ada Parosmia Bila Hidung ‘Sensitif’ Bau Daging? 11 Makanan Ini Buat Anda Kurang Senang
PENYELIDIKAN terkini telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa makanan yang mencetuskan Parosmia – satu keadaan menyebabkan seseorang mengalami gangguan persepsi bau.
Parosmia mengakibatkan seseorang kehilangan keupayaan untuk menghidu bau sebenar sesuatu dan biasanya apa yang dihidu akan dirasakannya lebih berbau, berbau lebih kuat dan tidak menyenangkan. Contohnya, bau roti biasa akan menjadi lebih menyengit dan busuk bagi mereka.
Terbaharu sebuah kajian yang diterbitkan menerusi jurnal Wiley menganalisis gangguan deria bau yang berlaku pada pesakit Covid-19.
Menerusi kajian ini, penyelidik menganalisa Parosmia terhadap 1,299 koresponden berumur 15 tahun dan ke atas.
Hasilnya 10.8 peratus mengalami gejala Parosmia dan ia lebih banyak berlaku kepada golongan berusia 31-40 tahun (40.8 peratus) dan 31.7 peratus bagi mereka berusia 21-30 tahun.
Kajian itu juga mendapati kebanyakan kes adalah melibatkan wanita atau 73.6 peratus.
Antara makanan yang boleh mencetuskan parosmia adalah daging ayam dan daging lembu. Sebanyak 60 peratus terganggu dengan bau ayam dan lembu diikuti bau bawang putih dan telur.
Berikut merupakan makanan yang mencetuskan Parosmia terhadap 1,299 individu, menurut kajian. Bagi mereka yang mengalami
Parosmia disarankan untuk mengurangkan dan mengelakkan mengambil senarai makanan yang disenaraikan di bawah.
1. Ayam dan daging lembu (60 peratus)
2. Bawang putih (50.7 peratus)
3. Telur (50 peratus)
4. Beras (35 peratus)
5. Timun dan tomato (30.7 peratus)
6. Ikan (29.3 peratus)
7. Sayur sayuran (25.7 peratus)
8. Kacang (23.6 peratus)
9. Produk tenusu (22.9 peratus)
10. Pasta (16.4 peratus)
11. Kacang soya (11.4 peratus)
Anda Ada Parosmia Bila Hidung ‘Sensitif’ Bau Daging? 11 Makanan Ini Buat Anda Kurang Senang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.