AS mulakan kempen vaksinasi bayi seawal enam bulan hujung Februari

WASHINGTON – Satu laporan mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan memulakan kempen vaksinasi untuk kanak-kanak berusia enam bulan ke lima tahun pada hujung bulan ini, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) kini mendesak syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech, untuk memohon kebenaran bagi penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 dua dos terhadap kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut.

Menurut sumber, para pegawai kini sedang bertungkus lumus memastikan vaksin tersebut dapat diedarkan pada hujung bulan ini.

Permohonan bagi kelulusan penggunaannya telah pun dihantar kelmarin.

Sekiranya diluluskan, AS akan menjadi satu-satunya negara yang memulakan program vaksinasi ke atas kanak-kanak berusia seawal enam bulan.

Sementara itu, kajian sebelum ini menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak adalah berisiko rendah dijangkiti virus Covid-19.

Keputusan kerajaan AS untuk menawarkan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak juga telah mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan setakat Januari 2022, sebanyak 280 kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak dari usia baru dilahirkan hingga empat tahun.

Angka itu meningkat kepada 603 kematian dalam kalangan mereka yang berusia lima ke 18 tahun.– AGENSI

AS mulakan kempen vaksinasi bayi seawal enam bulan hujung Februari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker