Warga kota kembali pulang, aliran trafik lebuhraya mula perlahan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pada petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun.

“Keadaan trafik turut dilapor perlahan dari Bidor ke Sungkai, Tambun ke Gua Tempurung, dan Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,” katanya.



Selain itu, aliran trafik juga didapati perlahan dari selatan melibatkan Yong Peng ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang meningkat.

Kenderaan juga didapati bergerak perlahan dari arah kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh arah utara menghala ke Hentian Sebelah Pedas Linggi arah Utara, Lebuh Raya Utara-Selatan pada petang Rabu. – Foto Twitter PLUS
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini

Warga kota kembali pulang, aliran trafik lebuhraya mula perlahan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap



Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker