Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh
IPOH: Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew memesan zink dari Kuala Lumpur untuk mangsa ribut menggantikan atap rumah mereka yang rosak akibat ribut di beberapa kawasan di sini semalam.
Perkara itu dikongsi oleh Ebit Lew dalam laman Facebook beliau hari ini.
Dalam perkongsiannya, pendakwah itu berkata, beliau berada di Ipoh dalam misi membantu penduduk yang rumah mereka musnah kesan ribut dan puting beliung semalam.
“Doakan kami tengah order zink dari KL sekejap lagi sampai. Sebab kedai hardware sini tutup cuti.
“Berat ujian mereka. Di Kampung Tawas ramai Chinese siap-siap nak sambut raya Cina habis semua atap, bilik, dinding. Beri sedikit hadiah dan beri kata semangat. Mereka tumpang di dewan orang ramai,” katanya.
Ebit Lew berkata, beliau juga ke Desa Seri Impian di sini yang turut terdapat mangsa ribut.
“Habis rumah mereka. Beri sedikit sumbangan dan doa buat mereka,” katanya.
Ribut semalam menyebabkan 219 buah rumah terjejas iaitu 30 rumah di Desa Seri Chepor, 49 rumah di Kampung Tawas dan Kampung Tasek Damai, 30 rumah di Klebang dan 110 buah di Taman Desa Impian.
Terdahulu hari ini, kerajaan negeri mengumumkan bantuan segera sebanyak RM300 kepada setiap penduduk yang terjejas ribut bagi memperbaiki kerosakan terutama menggantikan atap yang rosak.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan diserahkan kepada penduduk terlibat hari ini.
Menurutnya, bantuan itu boleh digunakan untuk membeli kepingan zink agar kerja-kerja menggantikan atap rumah yang rosak dengan segera.
“Tindakan segera ketika ini ialah untuk memperbaiki bumbung rumah yang rosak atau yang diterbangkan angin kerana dibimbangi jika hujan, air hujan akan memberikan kerosakan yang lebih teruk di dalam rumah,” katanya.
Ustaz Ebit Lew pesan zink dari KL demi mangsa ribut di Ipoh
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis