Kerana Tekanan Lee Meng Yean Tinggalkan BAM, ‘Saya Sudah Penat’ [VIDEO]
Kerana Tekanan Lee Meng Yean Tinggalkan BAM, ‘Saya Sudah Penat’ [VIDEO]
“SAYA sudah penat,” kata pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean, yang memilih untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Selepas sembilan tahun di bawah naungan badan induk itu, Meng Yean akhirnya memilih untuk membawa haluan berbeza kerana tidak dapat menanggung tekanan sebagai pemain kebangsaan, terutama selepas menjadi antara pemain paling senior.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, dia berkata: “Sudah sembilan tahun saya dalam BAM, saya rasa sudah cukuplah dan sudah sampai masanya untuk saya keluar dan menghadapi cabaran baru.
“Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menghadapinya.
“Selepas (Chow) Mei Kuan bersara, saya digandingkan dengan beberapa pemain muda untuk melihat siapa yang lebih sesuai.
“Ketika itu, sekiranya saya tidak mendapatkan keputusan yang baik, saya akan berasa amat tertekan memandangkan saya bergandingan dengan orang baru.
“Kemudian, seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia sedang memerhatikan saya dan kebanyakan komen sudah tidak berapa baik dan saya berasa amat tertekan sehingga saya memilih untuk berhenti.
“Sebenarnya saya sudah lama menghantar surat (peletakan jawatan), sebulan lalu, sebelum Lee Zii Jia.
Lee Meng Yean tinggalkan BAM.
Semoga berjaya dalam perancangan seterusnya 💪💪🇲🇾🇲🇾 pic.twitter.com/dy7UXFS5P3— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 30, 2022
“Sekarang saya memilih untuk berehat sepanjang Februari ini.
“Saya mahu kembali segar dan merancang segala-galanya, jadi saya hanya akan bermula semula pada Mac ini.
“Selepas itu ada dua kemungkinan. Mungkin saya akan bermain secara profesional atau saya akan bersara sepenuhnya,” katanya.-AA
Kerana Tekanan Lee Meng Yean Tinggalkan BAM, ‘Saya Sudah Penat’ [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
You must be logged in to post a comment.