Video lama tular, KKM jawab pertikaian netizen
Video lama tular, KKM jawab pertikaian netizen
Video sidang media oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pemberian dos penggalak Covid-19, yang tular ketika ini, ialah petikan video pada September tahun lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, video berkenaan dipetik daripada sidang media Menteri Kesihatan yang dalam rangka lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di KLIA.
“Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan. Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.
“Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat,” kata kenyataan itu pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu lagi, pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.
“Pemberian dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri dari warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan,” katanya.
Kenyataan itu berkata, hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak.
“Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus Covid-19.
“Banyak negara yang tawarkan booster kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Thailand, Indonesia, dan Singapura,” katanya.
Sebelum ini video sidang media berkenaan menjadi pertikaian netizen selepas menteri kesihatan itu berkata suntikan dos ketiga hanya boleh diberikan kepada mereka yang benar -benar layak mengikut saranan pakar. Sinar
Video lama tular, KKM jawab pertikaian netizen
Baca Artikel Menarik :
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis