Umno solo selepas ditikam Bersatu, PAS pula dah hanyut – Puad
Umno solo selepas ditikam Bersatu, PAS pula dah hanyut – Puad
Lebih baik Umno bergerak solo daripada bersama Perikatan Nasional kerana tiada kejujuran politik dalam gabungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi.
Menjawab kecaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, terhadap Umno semalam, Puad berkata parti itu nampaknya tidak peduli Bersatu ‘menikam belakang’ Umno, seperti yang berlaku di Sabah.
“PAS tidak peduli itu semua. PAS tidak rugi. Maka perpaduan Melayu apa yang PAS harapkan kalau tujuan PPBM adalah untuk membunuh Umno melalui PN?” katanya dalam kenyataan.
Berlatarkan PRN Johor yang akan berlaku kelak, Hadi mengingatkan Umno bahawa parti itu diselamatkan oleh partinya selepas pilihan raya umum lalu.
Hadi mengumpamakan Umno seperti ‘itik patah kaki’ yang mahu tinggalkan PAS selepas sembuh, menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak bermaruh dan tidak betul.
Umno dan PAS mengadakan Muafakat Nasional selepas PRU14.
“Sebenarnya PAS yang lemahkan Muafakat Nasional bila sertai Perikatan Nasional dan ‘main dua lawang’,” jawab Puad.
“PAS hanyut kerana nikmat jawatan menteri…PAS sampai sanggup meminggirkan dua tiga orang pemimpin atasannya yang pro-MN.”
Pesan Puad kepada PAS, parti itu akan jadi itik yang patah kedua-dua kaki jika bersekongkol dengan Bersatu, yang didakwa didominasi ‘katak politik’.
“Sebenarnya susah berkawan dengan PAS,” katanya, mengambil maklum bahawa Hadi mengatakan BN yang ditunjangi Umno tidak relevan. FMT
Umno solo selepas ditikam Bersatu, PAS pula dah hanyut – Puad
Baca Artikel Menarik :
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis