Petani Ini Dihina Salesman Disangka Tak Berduit, Sekali Bawa Duit Dalam Masa Sejam! [VIDEO]

Petani Ini Dihina Salesman Disangka Tak Berduit, Sekali Bawa Duit Dalam Masa Sejam! [VIDEO]

GARA-GARA disangka tidak berduit, seorang petani yang ingin membeli sebuah trak pikap Bolero dihina jurujual di bilik pameran kereta di Tumakuru, India.

Kempegowda bersama rakan-rakannya juga disindir kononnya mereka tidak mungkin mempunyai walau RM50 dalam poket masing-masing.

Berasa terhina selepas mendengar kata-kata tersebut, Kempegowda dan rakan-rakannya beredar tetapi sempat mencabar jurujual berkenaan bahawa dia akan kembali dengan wang tunai untuk membeli trak pikap itu dalam masa sejam.

Dia juga mencabar jurujual berkenaan untuk menghantar sendiri trak pikap tersebut pada hari yang sama.

Tiga puluh minit kemudian, Kempegowda kembali dengan Rs 10 lakh (RM55,781), namun jurujual tersebut meminta tempoh selama dua hari untuk menghantar kenderaan berkenaan kepadanya.

Petani itu kecewa dan memfailkan aduan kepada polis tempatan.

Anggota polis terpaksa memujuk petani tersebut dan rakannya untuk pulang ke rumah mereka.

Bagaimanapun, Kempegowda berkata dia tidak lagi berminat mahu membeli trak tersebut.

Malah Kempegowda juga menuntut permohonan maaf bertulis daripada bilik pameran berkenaan kerana mengaibkan dia dan rakan-rakannya.

Video kejadian itu telah menjadi viral di media sosial dengan segelintir netizen mengecam jurujual berkenaan kerana bersikap seperti ‘pilih bulu’. – India.com

Petani Ini Dihina Salesman Disangka Tak Berduit, Sekali Bawa Duit Dalam Masa Sejam! [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker