Capital A nama baru AirAsia Group



Capital A nama baru AirAsia Group

AirAsia Group Berhad hari ini mengumumkan pertukaran nama kumpulan syarikat kepada Capital A Berhad (Capital A).

Pertukaran nama tersebut mencerminkan strategi perniagaan teras baharu bagi kumpulan tersebut sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup, yang telah pantas mengubah jenama AirAsia menjadi lebih daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perubahan itu bukan sekadar memperkenalkan logo baharu kerana hari ini merupakan satu peristiwa penting yang menandakan era baharu bagi kumpulan ini.

“Pengumuman hari ini memperkukuh visi kami sebagai bukan hanya sebuah syarikat penerbangan.




“Jenama AirAsia sememangnya sinonim dengan syarikat penerbangan kami, tetapi sudah lama saya berhasrat, sebelum Covid-19 melanda, untuk memanfaatkan data yang telah kami bina selama 20 tahun dan menggabungkan teknologi baharu dalam industri untuk menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas, lebih daripada sekadar tempahan penerbangan. Pandemik ini telah mempercepatkan strategi tersebut.

“Kini, jenama kami terus berkembang dan memacu inovasi serta memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berubah. Strategi di sebalik pertukaran nama ini adalah untuk memperkenalkan identiti korporat baharu yang mencerminkan perniagaan teras kami dengan lebih baik dan perniagaan masa hadapan sejajar dengan transformasi digital yang pesat daripada sebuah syarikat penerbangan kepada kumpulan perkhidmatan perjalanan digital dan gaya hidup sehenti,” katanya di sini.

Jelasnya, nama kumpulan baharu, Capital A, berkuat kuasa serta-merta berikutan kejayaan pendaftaran nama tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 3 Januari lalu dan kelulusan rasmi telah diterima semalam.

Pertukaran nama daripada AirAsia Group Berhad kepada Capital A Berhad juga tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat.

Nama saham AirAsia di Papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad akan ditukar berkuat kuasa serta-merta untuk mencerminkan nama syarikat baharu itu.




Tony berkata, pada asasnya Capital A adalah sebuah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan yang luas yang memberikan nilai terbaik pada kos terendah, disokong oleh data kukuh yang dibina selama dua dekad.

Ia juga merupakan salah satu jenama terkemuka di Asia, selain mempunyai budaya yang mengutamakan pelanggan dan kakitangan serta terus komited untuk berkhidmat kepada semua golongan.

“Sama seperti syarikat penerbangan kami yang menawarkan nilai dan perkhidmatan terbaik dari hari pertama ia ditubuhkan, semua bidang perniagaan kami yang berbeza akan beroperasi dengan strategi yang sama iaitu menjadikan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup mampu milik, mudah diakses dan inklusif untuk semua.

“Kami kini menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan di bawah satu kumpulan dan tiada jenama lain di ASEAN seperti kami. Dengan akses kepada lebih 700 juta orang di rantau ini, saya percaya terdapat peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk jenama kami merentasi pelbagai industri berbeza dalam semua pasaran teras kami,” ujarnya.

Capital A mempunyai 16 produk dan perkhidmatan di platform airasia Super App, menawarkan penerbangan dan keperluan gaya hidup seharian. Daripada makanan kepada barangan runcit dan e-dagang, kepada perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama, e-panggilan dan banyak lagi. Kami juga merupakan salah satu daripada tiga ejen pelancongan dalam talian (OTA) teratas di ASEAN dan aplikasi syarikat berada di landasan yang tepat untuk menjadi aplikasi gaya hidup terkemuka di rantau ini tidak lama lagi.




“Semua perniagaan portfolio kami dijangka menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di seluruh Asia Tenggara, termasuk BigPay, bahagian kejuruteraan pesawat kami iaitu Asia Digital Engineering (ADE) dan usaha logistik kami iaitu Teleport,” katanya.

Tony menambah, walaupun Capital A akan menjadi nama kumpulan baharu tetapi ia tidak mengubah jenama AirAsia untuk syarikat penerbangan kerana ia adalah salah satu jenama terkuat di Asia dan menyediakan platform yang kukuh untuk semua produk dan perkhidmatan kami yang saling bergantung antara satu sama lain.

Beliau berharap sempadan akan dibuka semula secara beransur-ansur sepanjang 2022 dan kapasiti AirAsia akan kapasiti kembali seperti biasa untuk perkhidmatan antarabangsa pada pertengahan hingga suku ketiga tahun ini. MG

Capital A nama baru AirAsia Group


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Capital A nama baru AirAsia Group

Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.