Anwar tidak lagi yakin dengan jenama Pakatan Harapan

SETELAH mengalami dua kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak tahun lalu, pelaksanaan PRN Johor dalam tempoh 60 hari ini sewajarnya menjadi medan Pakatan Harapan (PH) menebus maruah dan mengembalikan keyakinan rakyat.

Dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus ghairah mengorak langkah menawan negeri kedua selepas Melaka, PH dibarisi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP sepatutnya sudah giatmerangka strategibagi membendung asakan lawan.

Inisiatif awal daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan semua parti pembangkang – termasuk Parti Warisan (Warisan), Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) dan Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) – disatukan di bawah khemah besar pembangkang bagi menamatkan ‘kegilaan pilihan raya’ oleh UMNO dan BN, sebenarnya wajar dianggap satu perkembangan positif.

Ditambah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Johor Bahru sendiri kemudiannya mencadangkan pembentukan satu gabungan Muafakat Raya Johor (MRJ), gabungan kerjasama parti-parti pembangkang dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghukum UMNO dan BN yang dikatakan semakin ‘angkuh’.

Sepatutnya Anwar dan PH pada saat ini sudah semakin hampir menjumpai solusi ajaib bagi menumbangkan UMNO dan BN menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun, keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH bagi PRN Johor yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Rabu, mencetuskan kejutan besar.

Anwar dalam satu kenyataan media (yang terpaksa dikemaskini beberapa kali) mengumumkan keputusan koalisi itu untuk menggunakan dua logo berbeza bagi bertanding dalam PRN Johor.

Jelas Anwar, PKR memilih menggunakan lambang parti mereka, manakala Amanah dan DAP kekal dengan lambang pilihan raya PH.

Keputusan PH menggunakan dua lambang pilihan raya berbeza bagi menghadapi PRN Johor mengesahkan dakwaan koalisi itu semakin lemah.
Keputusan PH menggunakan dua lambang pilihan raya berbeza bagi menghadapi PRN Johor mengesahkan dakwaan koalisi itu semakin lemah.

 

Bagi menjelaskan justifikasi keputusan itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kemudiannya mendedahkan parti memutuskan menggunakan lambang pilihan raya sendiri pada PRN Johor kerana lambang PH dibayangi era 22 bulan pentadbiran mereka sebagai kerajaan Pusat.

Dalam satu ciapan Twitter, Ahli Parlimen Setiawangsa itu menjelaskan di sebalik pentadbiran kerajaan PH mempunyai pencapaian, ia turut dibayangi kekurangan termasuk kebangkitan ‘pengkhianat’ dalam PKR yang membawa kepada kejatuhan kerajaan berkenaan.

Bahkan, Nik Nazmi sendiri mengakui penggunaan lambang pilihan raya PH tidak benar-benar membantu koalisi itu pada PRN Melaka.

Bagaimanapun, bagi sebilangan pemerhati politik tempatan, polemik terkini yang melanda PH mengesahkan isu ketidaksepakatan dan ketiadaan muafakat utuh di antara parti-parti dalam PH yang berlaku sekian lama.

Lebih ironi, Anwar yang juga Presiden PKR, seolah-olah tidak lagi yakin dengan lambang pilihan raya PH bagi menghadapi PRN Johor, meskipun beliau sendiri merupakan Pengerusi PH.

“Dengan sahnya penggunaan lambang pilihan raya berbeza di antara PKR dan PH, secara tersiratnya senario itu membuktikan terdapat banyak perkara lain yang gagal diselesaikan di antara parti-parti dalam PH terutama isu hala tuju, pembahagian kerusi pilihan raya serta pemilihan calon Menteri Besar.

“Impaknya sudah pasti akan menggugat keyakinan pengundi terhadap PKR dan PH. Adalah ironi bagi seorang Pengerusi PH (Anwar) tidak lagi yakin dengan lambang PH.

“Situasi itu juga bakal memberikan mesej mengelirukan kepada pengundi selain membuktikan PH memiliki masalah dalaman sejak kejatuhan kerajaan PH,” kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar kepada Sinar Premium pada Khamis.

Hisommudin juga tidak menolak kemungkinan inisiatif pembentukan khemah besar pembangkang oleh Anwar dan PH tidak akan terjadi pada PRN Johor mahu pun PRU15.

Dengan isu kecil seperti penggunaanlogo pilihan rayapun tidak dapat diselesaikan PH, beliau yakin tidak mungkin parti-parti dominan seperti PKR, Amanah dan DAP bersedia mengorbankan kerusi tradisi mereka kepada Warisan, Muda, Pejuang mahu pun PN.

“Lebih menarik, terdapat kemungkinan besar PKR dan PH akan bertembung di beberapa kerusi DUN di Johor seperti DUN Layang-Layang meskipun kawasan itu merupakan kerusi tradisi DAP.

“Saya turut yakin isu penggunaan logo dan kerjasama PH akan terus diheret sehingga PRU15 dan tidak mustahil PKR dan PH akan membawa haluan masing-masing selepas ini,” ujar Hisommudin lagi.

TAKTIKAL Pandangan Hisommudin bagaimanapun tidak dipersetujui Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menjelaskan isu penggunaan lambang pilihan raya hanyalah perkara taktikal yang tidak mencerminkan hubungan erat di antara parti-parti dalam PH.

Menegaskan PKR tidak akan bertembung kerusi pilihan raya dengan parti-parti dalam PH, bekas Ahli Parlimen Batu itu turut menegaskan keutamaan parti adalah memastikan usaha pembentukan gabungan pembangkang besar dapat dicapai.

“Pembentukan khemah besar pembangkang anti UMNO juga perlu secara taktikal melibatkan kerjasama PN. Ini kerana kalau kita betul-betul menyusun baik semua parti anti UMNO di pihak pembangkang, saya yakin UMNO dan BN mampu ditumbangkan pada PRN Johor.

“Usaha ini penting kerana UMNO dan BN pastinya akan menuntut PRU15 diadakan segera sekiranya mereka menang PRN Johor. Menumbangkan mereka pada PRN Johor bererti menghentikan sementara kegilaan politik negara,” katanya.

Anwar tidak lagi yakin dengan jenama Pakatan Harapan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker