PRN Johor: Pejuang ikrar mahu raih kemenangan demi Mahathir

JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu menghadiahkan kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Timbalan Ketua Negeri Pejuang Johor, Nornekman Osman berkata, hal itu kerana PRN Johor merupakan kemunculan pertama parti itu di kancah politik tanah air ini.

Sehubungan itu katanya, pihaknya berharap kesihatan legenda politik tanah air itu beransur baik dan membolehkan beliau turun membantu jentera di PRN Johor.



“Kita memang berharap beliau akan dapat turun ke Johor bagi membantu kempen Pejuang nanti, namun apa yang lebih utama adalah beliau menjaga kesihatan diri ketika ini.

“Jika beliau tidak dapat turun secara fizikal sekalipun, beliau masih boleh membantu kempen melalui pelbagai platform lain, ini termasuklah melalui media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabat Pejuang Johor, di sini hari ini. Turut hadir, Bendahari Pejuang Johor, Datuk Abdul Aziz Harun.

Tambah Nornekman lagi, perkembangan berhubung tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu akan turut menjadi pembakar semangat buat jentera Pejuang untuk melakukan yang terbaik dalam PRN Johor.



“Kami akan lakukan yang terbaik kerana Pejuang ini merupakan wadah dan kesinambungan politik yang diasaskan beliau sendiri bagi memulihkan negara ini.

“Seperti yang selalu dikatakan, perjuangan beliau masih belum selesai dan dalam PRN Johor yang merupakan pentas pertama Pejuang, kami mahu lakukan terbaik dan hadiahkan kemenangan kepada beliau dan juga rakyat yang mendokong politik bersih, cekap dan amanah,” ujarnya.

Semalam, anak Dr. Mahathir, Marina dalam satu kenyataan memaklumkan kesihatan bapanya itu semakin pulih dan telah dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari di bilik wad biasa di IJN.

“Tun Dr. Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya. Bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.



“Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

PRN Johor: Pejuang ikrar mahu raih kemenangan demi Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker