PRN Johor : Muhyiddin Mahu Teruskan Agenda PPBM “Tamatkan” UMNO?

PRN Johor : Muhyiddin Mahu Teruskan Agenda PPBM “Tamatkan” UMNO?

Oleh Nurul Aishah

TIDAK masuk akal apabila kita disuruh bekerjasama dengan parti yang sejak dari mula hingga sekarang hanya fikirkan cara untuk “membunuh” kita.

Akar umbi UMNO sudah lama sedar niat dan hasrat sebenar parti PPBM adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya. Sejak rakaman audio “scheme of things” terbongkar di mana Muhyiddin dikatakan telah mendedahkan rancangan untuk menyogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan GLC, akar umbi UMNO telah sedar.

Jadi dengan pengakuan umum parti PPBM semalam, Datuk Seri Najib melalui hantaran di Facebook beliau berharap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan UMNO bekerjasama dengan PPBM akan hentikan usaha mereka.

Kawan-kawan dalam Muafakat yang masih seru UMNO untuk menerima PPBM pun patut berhenti memujuk. Ahli UMNO tetap berkawan tapi tolong jangan pujuk lagi. Sebab ahli UMNO tidak dapat menerima kenapa UMNO perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat mereka untuk tamatkan UMNO atau lebih tepat “membunuh” UMNO.

“Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan Umno yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,” kata Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menegaskan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRN Johor bagi menumpukan cara untuk menewaskan BN dalam PRN Johor apabila dia tidak lagi perlu fokus menjadi calon.

Muhyiddin sebelum ini berkata dia tidak bercadang untuk mempertahankan kawasan DUN Gambir dalam PRN Johor. Muhyiddin, yang merupakan pengerusi Perikatan Nasional, juga Ahli Parlimen Pagoh.

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 22 Jan, memberi laluan kepada pilihan raya baru diadakan dalam tempoh 60 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk memutuskan tarikh penting bagi pilihan raya termasuk tarikh pengundian.

PRN Johor : Muhyiddin Mahu Teruskan Agenda PPBM “Tamatkan” UMNO?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker